Mewah! Eksklusif ! Murah dan Sedap!
Itu yang saya dapat digambarkan apabila berpeluang berbuka puasa dan menikmati buffet ramadhan di cafe salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Tahun ini Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur, menyajikan buffet ramadhan dengan tema “Resepi Ibunda” dengan suasana mewah dan eksklusif di Cafe SOI Twenty Three yang terletak di Jalan Puncak, Off Jalan P.Ramlee.
Kalau nak tahu, pada tahun 2010, Cafe SOI23 telah memenangi anugerah Malaysian’s Best Restaurant. Tidak hairanlah mereka memenangi anugerah tersebut, sebab bagi saya, makanan di sini sedap!
Walaupun Cafe SOI berada di tingkat 23, jangan risau anda takkan gayat walaupun berada tingkat yang tinggi sebab anda boleh melihat dengan jelas pemandangan cantik Kuala Lumpur sebelum berbuka.
Menu
Beberapa hidangan utama resepi ibunda seperti nasi tomato, sambal goreng udang petai, limpa berlada, gulai ikan, gulai ayam dan lain lain. Macam biasa la, hidangan akan bertukar ganti setiap hari.
Gulai Ikan Masak Siam (Siamese)
SOI23 @Dhalcha
Rendang Daging Daun Kunyit. Memang sedang enak dimakan dengan lemang.
Untuk peminat paru, ini dia paru berlada.
Best among the best : Sambal goreng udang petai. Paling cepat habis ni.
Yang menjadi sambutan disini adalah udang masak bersama petai dan juga kambing bakar. Memang tak lengkap kalau tak ada kambing bakar kan? Paling saya berkenan dengan kambing bakar disini adalah sos dia. Sangat sedap!!!. Bukan sos cili, BBQ ataupun black papper. Tetapi sos istimewa dari Cafe SOI. Sekali ambil terasa nak tambah lagi. Tapi apakan daya, perut dah tak mampu nak isi.
Kambing golek extra sportlight. Haaaaa..Baru sexy kan? haaha
Turut menjadi makanan favourite peminat buffet ramadhan di sini adalah rendang. Kata salah seorang blogger Cik Lily, hidangan rendang daging sama seperti masakan ibunya. Sedap lagi-lagi dimakan bersama lemang.
Feeling macam dah hari raya!.. Rindu rendang mak!
Kalau makan, memang tak lengkap kalau tak ada dessert. Bila dah selesai dengan hidangan utama, boleh menjamu selera pula dengan kuih muih popular seperti kuih lapis, kuih seri muka, bingka, karipap dan lain lain. Dessert ala-ala omputih pon ada seperti puding mango.
Untuk mereka yang teringin nak merasa Resepi Ibunda, boleh la nikmati buffet ramadhan Resepi Ibunda di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur.
Harga buffet ramadhan Pacific Regency Hotel Suites untuk dewasa RM88 dan RM44 untuk kanak-kanak. Semasa kami berbuka disana, boleh dikatakan meja fully booked.
Dan buffet ramadhan kali ini bermula 1 Julai 2014 sehingga 27 Julai 2014.
Untuk tempahan boleh hubungi terus pihak Pacific Regency Hotel Suites.
[infobox]Pacific Regency Hotel Suites
KH Tower,
Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee
Kuala Lumpur
Tel : 03-2332 7777
Laman Web : www.pacific-regency.com
Facebook : Pacific Regency Hotel Suits, KL
[/infobox]
[flexiblemap address=”KH Tower, Jalan Punchak, Off Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur” title=”Pacific Regency Hotel”]