Sekali sekala jika anda mengidam selera timur tengah, kami cadangkan anda cuba di Naab Restaurant , Jalan Bukit Bintang. Di Naab Restaurant ini, mereka menyediakan makanan dari Parsi iaitu dari salah satu wilayah yang terletak di Timur Tengah. Pada Jumaat lepas, kami singgah ke restoran Naab ini untuk merasai juadah buffet berbuka puasa. Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh pelayan restoran yang sentiasa murah dengan senyuman.
Lokasi Naab Restaurant terletak bersebelahan dengan hotel Grand Millenium.
Masuk saja ke dalam ruangan restoran anda akan berada seolah-olah di Timur Tengah. Ruangan dalaman dihias khas mengikut tema restoran. Lihat sajalah gambar-gambar di bawah
Untuk pelanggan yang menempah set buffet berbuka puasa, ruangan khas telah disediakan di dewan tingkat 2. Kami dibawa oleh pelayan restoran ke tingkat 2 menggunakann lift yang disediakan. Ramai pelanggan yang datang rata-ratanya terdiri dari pelbagai bangsa.
Wah, set buffet yang disediakan terdiri dari pelbagai jenis menu! Dapatlah kami merasa semua! (sabar…sabar….)
Masuk saja ke dalam ruangan restoran, seolah terasa berada di Timur Tengah. Ruangan dalaman memang dihias khas mengikut tema restoran. Lihat sajalah pada gambar ini.
Juadah buffet ramadhan Naab Restaurant terdiri dari 6 bahagian iaitu:
- 4 jenis nasi
- 10 jenis lauk pauk
- salad
- sup/ bubur
- minuman
- dessert / pemanis mulut
Ruangan salad
Macam-macam salad ada (Green salad, Olivia salad, Chef Special salad) sebagai pembuka selera. Semuanya segar dan berkhasiat.boleh juga dimakan bersama roti pita yang disediakan.
Ruangan Nasi
Nasi terdiri dari 4 jenis, memang rambang mata nak pilih yang mana satu. Semua nasi yang dihidangkan sedap dan mempunyai rasa yang tersendiri. Naab Restaurant sangat teliti dalam menggunakan herba dalam penyediaan hidangan .


Ruangan Lauk
Terdapat ayam berempah, daging lembu, kambing (Lamb Khoobideh) dan pelbagai lagi masakan timur tengah yang lain. Semua hidangan sedap-sedap belaka. Jika tak nak makan bersama nasi, hidangan lauk ini semua boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama roti pita. Semua hidangan sentiasa dipanaskan dan dipantau oleh staff Naab. Kalau anda kesini, jangan lupa untuk cuba rendang daging mereka….terbaik !
Ruang pemanis mulut
Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut. Kesemuanya mempunyai rasa campuran manis, masam dan masin. Ada juga pencuci mulut yang diperbuat daripada kacang. Kami sempat merasa pencuci mulut ‘jelly’ seperti gambar di bawah. Teksturnya seperti agar-agar yang biasa didapati di Negara kita tetapi rasanya seperti bunga dan jelly kuning itu rasanya seperti pudding custard.
Makanan Parsi adalah sangat ringan dan berkhasiat dengan warna-warna rempah, sayuran dan bijirin sememangnya membuka selera. Bagi yang teringin merasai masakan ala parsi untuk berbuka puasa, boleh la singgah ke Naab Restaurant. Paling sesuai bagi mereka yang penat membeli belah di Bukit Bintang, restoran ini sangat hampir dengan anda.
Restoran ini sangat selesa dan sesuai untuk seisi keluarga.
“Early Bird” Promotion
RM 49
instead of
RM 59.90 ++
Until 10 July 2013
-50% Discount for children (Under 12 years old)
-Discount for groups
-Exclusive Discount for Maybank, Ambank and MBF Cardholders
[infobox]Naab Restaurant 130 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur Malaysia
+603 2143 3949
Website: www.naabrestaurant.com[/infobox]