Buffet Ramadhan Casa Ombak

Bulan ramadhan adalah bulan paling meriah bagi restoran di Malaysia untuk menyajikan Buffet Ramadhan enak untuk umat Islam. Banyak promosi buffet ramadhan di restoran-restoran dengan harga lingkungan serendah RM50 sehingga RM200.

Kali ni pihak myselera ingin berkongsi dengan pembaca tentang Buffet Ramadhan Casa Ombak yang terletak di Ampang, Selangor.

Sebelum saya mulakan dengan review, untuk pengetahuan semua, Ombak Creative dikenali dengan pengurusan event seperti catering, majlis perkahwinan, majlis korporat dan juga majlis persendirian dibawah syarikat yang berlabel Casa Ombak Sdn. Bhd.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan catering ataupun merancang majlis perkahwinan boleh hubungi terus pihak Ombak Creative. Boleh dikatakan lebih dari 10 event telah diuruskan oleh Ombak Creative.

Harga Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Ok, buffet ramadhan kali ini agak berbeza dengan restoran yang lain memandangkan Casa Ombak terletak di sebuah banglo yang diberi nama Casa Ombak Banglo.

Buffet Ramadhan Casa Ombak pada tahun 2014 ini menyajikan makanan ala kampung dengan tema buffet stall terbuka santai ala taman. Kalau anda berbuka puasa disana, anda boleh merasa sendiri kemeriahannya dengan hiasan kanopi warna putih dan hijau. Sungguh santai. Kerusi makan yang berwana putih melengkapkan lagi tema makan di dalam tamannya.

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa OmbakBest kan? Meriah macam kenduri kahwin pula. hehe.

Hidangan

Antara hidangan yang menjadi pilihan di Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah seperti kambing bakar, nasi  dan pelbagai jenis lauk, nasi kerabu, mee soup, laksam dan segala ulam ulaman serta sambal belacan. Kami kongsikan beberapa gambar yang sedap mata memandang semasa berbuka di Casa Ombak tempoh hari (sila telan air liur dulu sebelum lihat gambar-gambar di bawah)

Kambing Bakar Buffet Ramadhan Casa Ombak

Hidangan kambing bakar yang menjadi rebutan di buffet ramadhan

Nasi Kerabu Buffet Ramadhan Casa Ombak

Nasi Kerabu self service. Boleh letak berapa banyak ulam dan sambal yang diingini.
Sedap oi.. Memang dah lama admin tak makan nasi kerabu.  Maveles!

Laksam Buffet Ramadhan Casa Ombak

Laksam yang cukup popular di Kelantan dan Terengganu pun ada! 

Ulam Sambal Belacan Buffet Ramadhan Casa Ombak

Ulam ulaman dan segala sambal belacan ada. 

Buffet Ramadhan Casa Ombak

dan juga pelbagai jenis lauk untuk berbuka. 

Bagi kami, harga Buffet Ramadhan Casa Ombak boleh dikatakan murah dengan hanya RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak (5-12 tahun). Harganya agak berbaloi dengan jumlah hidangan serta pilihan yang banyak.  Jika anda ingin berbuka puasa secara santai bersama keluarga, kami mencadangkan anda ke Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Jangan lupa membuat tempahan awal ye, takut penuh pula. Maklumlah, bulan ramadhan memang ramai yang ingin merasa masakan kampung seperti Buffet Ramadhan Casa Ombak. Alamat serta nombor telefon untuk dihubungi seperti di bawah.

[box_info]

Casa Ombak Sdn. Bhd.
No.22 Jalan Damai,
Off Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur.

Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp
– 013 2680001
– 013 624 1417
– 012 662 1062

Facebook : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com
[/box_info]

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Leave a Comment