Bulan puasa memang buat kita rindu dengan masakan kampung. Tak perlu pergi jauh, De Palma Hotel Ampang menyajikan keunikan pelbagai buffet berbuka puasa berkonsepkan ‘Ala Kampung’. Setiap menu menarik ditawarkan di gerai-gerai kecil seakan-akan berada di bazar Ramadhan.
Harga buffet ditawarkan murah dan berbaloi, yang pastinya halal. Malah, setiap hari ada kelainan dari segi menu makanan untuk kepuasan pengunjung!
Tenang dan rileks! Itulah yang dapat dirasakan tatkala tiba di sini. Dekorasi di sini berkonsepkan suasana kampung diiringi nyanyian ghazal mengharmonikan lagi suasana.
Kemeriahan turut dirasai dengan kebanjiran orang ramai. Menariknya, terdapat gabungan makanan ala kampung, mamak, selera pantai timur dan ala barat. Menu yang ditawarkan pasti membuat anda rambang mata seperti Sup Kawah Masakan Kampung, Bubur Lambuk De Palma, Aneka Ikan Bakar, Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Ikan Pari dan bermacam-macam lagi masakan kampung.
Kecur air liur dibuatnya.



Kambing Panggang Golek adalah menu yang paling menjadi perhatian dan rebutan. Dagingnya yang fresh dicicah bersama sos memang memberi gabungan yang hebat. Serius sedap! Tidak hairanlah ramai sanggup beratur untuk mencuba.





Tidak ketinggalan santapan yang tidak begitu berat seperti Yong Taufu, Goreng-Goreng, Aneka Pilihan Laksa, Roti Jala, Aneka Pau Kukus, Roti John dan bermacam-macam lagi.





De Palma Hotel juga turut memberi rasa meriah dengan menyelitkan sedikit juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Lemang pasti buat pengunjung terkesima!
Kepelbagaian hidangan diserikan lagi dengan beraneka pencuci mulut. Pelbagai jenis kek, tart, buah kurma, aneka buah-buahan tempatan dan luar negara mewarna-warnikan lagi meja buffet.


Tambah istimewa, pengunjung diberi sedikit jalwa telinga dengan alunan nasyid dan beberapa dendangan lagu yang menggamit memori. Para pengunjung juga berkesempatan menunaikan solat fardhu beserta bertarawih di surau yang telah disediakan sesudah berbuka puasa.
Harga Buffet De Palma Hotel Ampang:
Harga Dewasa: RM75 seorang
Harga Kanak-Kanak: RM45
Tarikh Buffet Ramadan: Jun-Julai
Alamat :
De Palma HoteL Ampang
Jalan Selaman ½, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang,
Taman Dato Ahmad Razali,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Untuk tempahan bufet Ramadan boleh hubungi di talian 03-43707070
Facebook: Hotel-DePalma-Ampang
Instagram: @depalmahotels
Website: http://www.depalmahotel.com
GPS: LAT 3.157066 LONG 101.75141
Istimewa buat pembaca Myselera.com, De Palma Hotel memberi diskaun sebanyak 12% sepanjang Ramadan ini.
Myselera.com berbesar hati ingin memberi peluang kepada anda untuk merasai sendiri kenikmatan berbuka selera di De Palma Hotel. Menangi baucer yang bernilai RM140+ dengan hanya beberapa langkah mudah. Segera layari Facebook MySelera.com
Very nice.
so yummy, delicious and everything is here. the best..!!!