Satu blog yang berkonsepkan review tentang makanan halal, restoran, gerai, warung, bistro di Malaysia akan di lancarkan tidak lama lagi.
Maka, anda dijemput untuk melihat kriteria yang diperlukan dan dijemput memohon jika berminat.
Adakah anda seorang yang:
Suka sangat makan. Kalau boleh, pagi, petang, siang, malam nak makan je. : )
Kadang-kadang rajin masak
Tapi selalunya tidak rajin masak. : )
Suka makan kat luar
Yang paling penting, anda beragama Islam dan hanya makan di restoran yang 100% halal sahaja
Bukan setakat itu, anda juga:
Minat blogging
Pandai amik gambar. Gambar makanan cantik
Pandai menulis review pasal makanan dan restoran
Bercita-cita nak jadi food critic
Cerewet tentang pemakanan. Kalau tak sedap, langsung tak nak datang lagi.
Adakah anda berkelayakan seperti berikut?:
Berpengalaman dalam blogging
Mempunyai blog sendiri
Tahu mengendalikan platform blog seperti Blogspot dan WordPress (kelebihan bagi yang tahu menggunakan WordPress)
Mempunyai daya kreativiti yang tinggi
Berkebolehan menulis review tentang makanan dan restoran, seperti yang dibaca dalam buku & majalah
Pernah bekerja dalam bidang komunikasi atau journalism
Mempunyai PR dan komunikasi yang bagus
Mempunyai hubungan yang baik sesama blogger di Malaysia (Hubungan dengan food blogger adalah lebih baik)
Kenapa kami mencari anda?:
Seperti yang tertera, tulisan anda akan dibaca oleh beribu-ribu orang pada satu hari, lebih dari 100,000 komuniti yang sedia ada.
Walaupun dalam perancangan untuk dilancarkan, anda akan mendapat pendedahan (exposure) yang meluas
Tak perlukan kepakaran teknikal dalam programming atau HTML. Cukup sekadar pandai menulis review dan mengambil gambar yang bakal melelehkan air liur pembaca.
Anda boleh bekerja di mana-mana sahaja. Tak perlu duduk di pejabat. Ini bermakna, sambil dukung anak, sambil makan pun boleh submit tulisan anda.
Kami sudah menyiapkan lebih 50 restoran untuk di review tentang makanan dan keadaan restoran tersebut.
Ini bukan janji, tapi manalah tahu, dengan menulis tentang makanan, anda akan menjadi lebih popular & terkenal?
Yang paling penting, anda kenyang tanpa mengeluarkan apa2 belanja. Apa salahnya menulis sedikit untuk kami? : )
Apa restoran yang nak kena review?
Kami ada senarai restoran yang diperlukan
Buat masa ini, hanya di Klang Valley sahaja dulu
Penang & Johor Bahru akan menyusul kemudian.
Ia seterusnya akan disusuli dengan tempat-tempat lain.
Macam mana nak apply?
Mudah sahaja, hantar email ke hello@myselera.com
Ceritakan kenapa anda berminat
Sertakan pautan portfolio blog anda yang sedia ada
Sertakan gambar makanan yang pernah diambil
Sertakan portfolio penulisan anda tentang restoran dan pemakanan
Bila kena mula kerja?
Kena apply dulu
Kalau dah lepas proses screening, kami akan menghubungi anda
Selepas itu, baru kami akan bank-in kan amaun duit yang telah ditetapkan
Dan anda bebas untuk makan di restoran yang kami telah tentukan
Review mestilah disiapkan dalam masa seminggu
Kalau berminat, hantar email ke hello@myselera.com. Hanya yang layak sahaja akan dihubungi kembali.