Makan MalamTerengganuWestern Food

Zie’s Corner, Restoran Western Popular di Kuala Terengganu

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Mesra Kanak-kanak
Zie's Corner tempat lepak dan makan western di Kuala Terengganu!

Dekat mana nak cari makanan western yang sedap di Kuala Terengganu ni? Mesti susah nak dapatkan info tu kan?

Bagi orang Terengganu pasti popular dengan nama Zie’s Corner yang sebelum ini terletak di belakang Hotel Grand Continental, dan sekarang sudah berpindah ke Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Lagi mudah untuk di cari kerana Waterfront mempunyai landmark tersendiri.

Zie Corner, Waterfront Western Popular Kuala Terengganu

Landmark ke Zie’s Corner, Waterfront Kuala Terengganu

Kebiasaannya, pelanggan akan serbu Zie’s Corner pada hujung minggu, dan jangan terkejut sekiranya full house. Zie’s Corner sememangnya popular untuk makan sesama keluarga dan juga rakan-rakan. Kalau parking jangan risau, insyaAllah ada tempat untuk parking.

Zie’s Corner terkenal dengan makanan western yang sedap dan harga yang berpatutan.

Paling penting kecekapan pekerja dan cara masakan mereka menjadikan Zie’s Corner antara Restoran Western yang mempunyai servis yang cepat.

Dalam masa beberapa minit, makanan yang di order akan sampai. Terkejut juga kami, selang beberapa minit, sedar-sedar makanan dah sampai.

Antara makanan yang menjadi santapan kami adalah Grilled Chicken, Lamb Chop, Steak dan Spaghetti.

Chicken Grilled Black Paper Zie Corner

Grilled Chicken Black Paper – RM 11.00

Beef Steak Black Paper

Beef Steak Black Paper – RM18.00

Steak Black Paper Zie Corner

Lamb Chop Black Paper  – RM16.00

Overall, saiz hidangan tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit. Cukup dan kenyang untuk makan seorang.  Sos black pepper dia memang sedap!

Di Zie’s Corner, sos cili boleh dapat unlimited kalau anda suka makan western dengan sos cili.

Spaghetti Bolognise Zie Corner

Spaghetti Bolognise Zie’s Corner

Spaghetti ni order untuk bonda memandangkan pergi sekeluarga, kata Bonda, sos bolognise ni ada bau kambing sedikit. Mungkin sos dicampur dengan daging kambing. So untuk yang ada darah tinggi tak boleh makan. But untuk kepastian, boleh tanya pekerja disana dulu sebelum order.

Air Buah-buahan Special di Zie Corner

Air Buah Kiwi dan Oren (Fruit Shake) – RM4.00
Bandung Shake – RM2.50

Merasa air shake untuk kesian kali di Zie’s Corner. Tiga air pilihan kami, Kiwi Shake, Oren Shake dan Bandung Shake. Bagi kami agak manis. Mungkin ini lah Terengganu? haha.. Orang kata Terengganu suka manis, so saya tak tahu nak akui ataupun tidak. (Shake bermaksud air ditambah dengan aiskrim vanilla)

Pelanggan Zie's Corner

Pelanggan – pelanggan Zie’s Corner tidak kira tua dan muda…

Inilah antara pelanggan yang makan di Zie’s Corner Kuala Terengganu dan kebanyakkanya adalah return customer. Bagi pelancong yang menginap di Hotel Seri Malaysia, Hotel Residence dan yang berdekatan, jika teringin nak makan makanan western boleh singgah dan ke Zie’s Corner.

[box_info]

Zie’s Corner
Waterfront,
Pulau Kambing, Kuala Terengganu

[/box_info]
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”16″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”5.3255791806303785,103.13236892223358{}restaurant.png{}Zies Corner, Kuala Terengganu” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • tempat makan best di kuala terengganu
  • tempat makan menarik di kuala terengganu
  • tempat makan di kuala terengganu
  • tempat makan menarik di terengganu
  • tempat makan best di terengganu
  • western food kuala terengganu
  • tempat makan di terengganu
  • steamboat kuala terengganu
  • kedai makan kuala terengganu
  • western food di kuala terengganu
  • makan malam sedap di kuala terengganu
  • zie\s corner kuala terengganu
  • simpang corner kuala terengganu terengganu malaysia
  • Simpang Corner Kuala Terengganu Terengganu
  • menu zie corner
  • western food sedap terengganu
Previous post

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan dengan 150 Jenis Hidangan

Next post

Lotte Pepero Halal atau Tidak?

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *