Western Food Hazlan Bistro, Kuala Terengganu

Dekat Kuala Terengganu ada restoran western ke? Mestilah ada….Tapi jika tak nak yang biasa-biasa dan inginkan yang sedap kami cadangkan ke Hazlan Bistro.

Kali ini saya meluangkan masa merasa makanan western di Hazlan Bistro, Kuala Terengganu. Restoran ini dicadangkan sendiri oleh ayah saya, Pok Din Dj Square. Kalau dah dikata sedap, memang kena cuba la kan.

Hazlan Bistro merupakan restoran yang dimiliki oleh Dato’ Hazlan Ismail. Selain dari restoran, beliau juga merupakan pemilik Hazlan Indoor Soccer. Restoran western dan gelanggang futsal ini terletak bersebelahan sahaja.

Bagi yang selalu bermain futsal di Hazlan Indoor Soccer pasti sering kali singgah makan di Hazlan Bistro. Kami tiba tepat jam 8 malam, kelihatan masih kurang pelanggan yang datang. Rupa-rupanya pelanggan mula memenuhi restoran ini selepas jam 9 malam.

Hazlan Bistro Kuala Terengganu 2

Signboard yang agak tersorok kerana berada di belakang pokok-pokok besar.

Pelanggan Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Bermula pukul 9 malam, pelanggan Hazlan Bistro semakin ramai!
Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Buku Menu Hazlan Bistro Kuala Terengganu

Apa yang menarik di Hazlan Bistro?

[quote]Sebenarnya susah nak jumpa restoran yang ada pelbagai jenis makanan dan masakan seperti ini di Terengganu. Bermula dari starter, main course, salad sehingga ke dessert. Masakan panas-panas/goreng pun ada. Boleh kata memang pelbagai.[/quote]Hazlan Bistro menyediakan pelbagai jenis masakan seperti makanan ala-thai, western, sizzling dan juga steamboat.

Steamboat pula adalah secara ala carte, bukan secara buffet. Jarang nak jumpa steamboat secara buffet di Terengganu sebab rakyat Terengganu dilihat kurang menggemar steamboat. Nasi juga yang dicari setiap masa.

Kali ini, kami mencuba makanan Western sebab, ada orang mengidam. Hehe.

Harga Steamboat di Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Harga Steamboat di Hazlan Bistro

Memandangkan kami nak merasa western disini, setiap seorang dari kami memang membuat pesanan berbeza. Antaranya Grill Hawaii Chicken, Fried Chicken Chop, Grill Mushroom Chicken, Gril Thai Chicken, Lamb Blackpaper dan lain lain.

Dalam setengah jam, makanan pun tiba.

Fried Chicken Chop 2 Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Fried Chicken Chop
Grill Cheese Chicken 2 Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Grill Cheese Chicken
Grill Hawaii Chicken 2 Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Grill Hawaii Chicken
Grill Lamb Chop 2 Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Grill Lamb Chop
Grill Mushroom Chicken 2 Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Grill Mushroom Chicken
Grill Thai Chicken 2 Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Grill Thai Chicken
Air Naga dan Belimbing 2di Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Naga Ais Susu, Belimbing Ais dan Jambu Batu Ais

Harga

  • Fried Chicken Chop – RM12.90
  • Grill Black Pepper Chicken – RM12.90
  • Grill Mushroom Chicken – RM12.90
  • Grill Thai Chicken – RM12.90
  • Grill Cheese Chicken – RM14.90
  • Grill Hawaii Chicken – RM15.90
  • Grill Lamb Chop – RM14.90
  • Belimbing Ais – RM 2.50
  • Jambu Batu Ais – RM2.50
  • Naga Ais + Susu – RM6.00

Western Hazlan Bistro berbaloi?

Bagi kami sekeluarga, western disini boleh dikatakan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Setiap hidangan western pasti disertakan side dishes seperti kentang goreng, roti, coleslaw, red bean, gravy dan juga salad.

Fried Chicken Chop dan Grill Black Pepper Chicken tak perlu terangkan pun dah tahu. Menu yang lain macam dan jarang-jarang didengar adalah  seperti Grill Thai Chicken  dan Grill Hawaii Chicken. Grill Thai Chicken dihidangkan dengan sos Thai! Sangat sedap!. Wajib cuba ye!

Grill Thai Chicken Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Grill Thai Chicken. Sedap! Lain dari yang lain!

 

Untuk Grill Hawai Chicken pula, ia seperti Grill Cheese Chicken tetapi yang membezakannya adalah dibawah cheese terdapat telur dan juga potongan nenas. Sedap! Ada rasa masam-masam sedikit. Nama pun hawaii kan?

Grill Hawaii Chicken Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Nampak tebal sebab bawah cheese ada telur dan nenas!

Bagi peminat lamb, boleh cuba grill lamb disini. Grilled Lamb Chop berharga RM14.90, portion yang diberi sememangnya BESAR & PUAS HATI. Dagingnya lembut dan sos lada hitam yang pekat. Memang betul-betul ngam!

Tak puas makan dengan sudu garfu, boleh pakai tangan! Terbaik!

Grill Lamb Chop Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Grill Lamb Chop. Meleleh!
Menikmati Western Sedap Hazlan Bistro Kuala Terengganu
Sedap sehingga menjilat jari! heh.. Pakai tangan pun boleh dik! Janji licin Grill Lamb Chop!

Yeah! Alhamdulillah. Kenyang semua. Dah jumpa tempat makan western yang sedap di Kuala Terengganu. Lepas ni kena cuba masakan panas pula. Semoga pihak Hazlan Bistro sudi menjemput kami bila-bila nanti ye.

Untuk anda yang nak singgah makan di Hazlan Bistro, boleh ke alamat di bawah:

[infobox]

Hazlan Bistro
4097, Jalan Haji Abdul Rahman Limbong,
Kampung Banggol, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu.

Waktu Operasi : 
Setiap hari 4.30pm – 1.30am

Untuk tempahan :
09-631 4333
09-688 0000

Koordinat : 5.296344, 103.156900

[/infobox]

Leave a Comment