‘Westasia’ Ikan Bakar HotPlate Istimewa Dengan Keenakan Sambal “Homemade”

Baru- baru ini kami ke Kajang atas jemputan Encik Mohd Amir Mohd Esa untuk makan di restoran Kantan HotPlate mereka yang baru dilancarkan. Walaupun cuaca hujan, restoran tetap penuh dengan pelanggan.

Terletak di Kampung Kantan maka tercetus ilham untuk menamakan restoran dengan nama Kantan HotPlate (disamping kebanyakan makanan dimasak menggunakan hot plate). ‘Too good to be true’. Hampir semua sajian dalam menu buat kami rambang mata.

_DSC18561

Sambil-sambil borak santai dengan pemilik restoran, kami sempat bertanya maksud ‘Westasia’ rupa-rupanya slogan gabungan kepada West & Asia merupakan simbol menu yang disajikan. Sebagai permulaan kami disyorkan untuk merasa sendiri hidangan istimewa ikan bakar yang dibakar menggunakan hot plate.

Menu yang dicuba

Kembong Hot Plate
Kembong Hot Plate

Sebagai permulaan, kami dihidangkan dengan Kembong Hot Plate dan Bawal Hot Plate. Tengoklah sambalnya! Aroma yang begitu wangi membangkitkan selera kami. Mana taknya, sambal istimewa homemade beramuankan serai, belacan, cili kering kisar, daun limau purut,lengkuas dan seumpanya disukat dengan tepat untuk memberi rasa yang lazat adalah rahsia disebalik ikan bakar di sini. Portion yang besar dan berserta sambal yang melimpah ruah buat kami kenyang perut! Yang menarik apabila makan memang terasa kesegaran ikan dan sedikit pedas dari sambal. Lagi best dimakan bersama nasi yang panas-panas!

Hot Plate Kantan Special
Hot Plate Kantan Special

Belum habis makan, kami dihidangkan dengan Hot Plate Kantan Special iaitu Grilled Mutton Lamb dengan Potato Wedges dan Fresh Vegetables salah satu menu istimewa. Hidangan ini berjaya membangkit rasa teruja kami. Daging kambing yang dibakar, ditambah dengan keenakan sos homemade yang sememang tiada di mana-mana kedai, kafe atau restoran lain. Sedapnya sampai membuatkan kami rasa tak cukup dengan sos yang dihidangkan. Pemilik berjanji akan tambah baik dengan lebihkan sos.


Chicken Chop
Chicken Chop

Seterusnya, kami juga sempat merasa Chicken Chop di sini. Tiada beza seperti di tempat yang pernah kami makan. Tapi, saiz portion hidangan memang banyak, kenyang perut hati senang dibuatnya.

Kantan Black Ginger
Kantan Black Ginger

Setelah merasa hidangan-hidangan tadi, kami diberi minuman yang dibuat sendiri oleh pemilik restoran (special giteww). Kantan Black Ginger minuman istimewa yang berasaskan halia, air gula melaka dan lain-lain lagi. Memang segar dan sesuai diminum setelah makan untuk melegakan perut yang kenyang dan membuang angin dalam badan. Totally recommended!

Magic Passion
Magic Passion

Akhir sekali kami cuba minuman Magic Passion yang rasa keaslian buah markisa yang sedikit manis dan masam yang tidak terlalu ketara rasanya, juga diletakkan bersama ice cream. Apabila minum terasa ‘pop’ di dalam mulut apabila biji markisa disedut minum.

Sekiranya anda ingin menikmati sajian berkonsepkan hot plate yang lazat dan murah, restoran Kantan Hot Plate tempat yang patut dituju. Oh, kalau nak tahu restoran ini menggunakan chef dari Hotel Brunei dan Labuan. Rugi kalau tak datang cuba!

Alamat Kantan HotPlate:

Jalan Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor
No. Tel: 019-2616188

Waktu Operasi:
Setiap hari: 5.00pm-12.00am

Facebook: https://www.facebook.com/kantanhotplate

Instagram: @kantanhotplate

GPS: LAT 3.003624 LONG 101.790949

Leave a Comment