BangsarMakan Malam

UM Food Court, Universiti Malaya

Kepelbagaian. Itu yang dapat digambarkan apabila menjejakkan kaki ke medan selera di universti tertua negara, Universiti Malaya. Medan selera ini baru sahaja siap dibina dan mula beroperasi sejak September 2012. Ia mula dibuka mulai 8 pagi sehingga 1 pagi.

Terdapat lebih dari gerai makanan yang ada di sini. Antara makanan yang ada di sini ialah masakan goreng, char kuey teow Taiping, nasi ayam Hainan, pelbagai jenis roti canai, Otai Burger, yong tau fu, nasi lemak berlauk, sizzling, takoyaki, aiskrim dan bermacam lagi. Apa yang istimewa? Makanan yang sedap tapi pada harga yang murah. HARGA STUDENT. Namun, tidak banyak pilihan air yang ditawarkan memandangkan hanya anda hanya ada 1 pilihan kedai untuk air. Sangat meyedihkan.

nasi-lemak-ayam UMnasi sizzling
takoyaki
Saya berpeluang untuk mencuba beberapa jenis makanan yang ada dijual di sini. Antaranya, nasi Seafood mamak (gerai 2), Maggi Kari (gerai 5) dan Nasi Sizzling. Bagi saya, nasi Seafood Mamak di sini sangat sedap! Susah nak jumpa nasi gorereng seafood yang murah tapi banyak seafood. Nasi Sizzling di sini juga tak kurang hebatnya. Sosnya pekat dan banyak isi ayam dan cendawan.

Mempunyai banyak tempat duduk, anda boleh meilih samada ingin ruang yang bersofa dan berbumbung ataupun “open air” dengan meja dan bangku. Parking juga bukanlah masalah besar kerana anda dibenarkan untuk parking di bahu jalan.

Carian kedai makan sedap:

  • food court untuk disewa
  • kedai untuk disewa kuala lumpur 2015
  • food court untuk disewa di kuala lumpur
  • food court untuk disewa 2015
  • gerai utk disewa di um
  • food court sewa 2014
  • medan selera di sewakan di kuala lumpur
  • kedai makan sedap di universiti malaya
  • kedai tomyam untuk di sewa
  • kedai untuk disewa 2015
  • kedai makan dalam um
  • medan selera untuk disewa di kuala lumpur
  • medan selera untuk disewa di shah alam
  • senarai makanan di foodcourt
  • sewa food court di malaysia
  • sewa kedai makan di kampung baru
  • sewa medan selera shah alam 2015
  • kafe dalam um
  • Gerai utk disewa kl 2015
  • food around universiti malaya
Previous post

Restoran Murni SS2

Next post

Cendol “KFC”,Jalan Universiti,PJ

Norfanil

Norfanil

Baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>