The Gorpis @Kopi Xoxo Bangsar.

Sepanjang tahun 2015, tempat makan sedap dan menarik ‘tumbuh bak cendawan di musim hujan‘. Menu pula semakin menarik hasil daripada kreativiti dan innovasi oleh pemilik kafe atau restoran tersebut.

Kopi Xoxo dan The Gorpis antara tempat makan menarik yang menjadi pilihan dan carian orang ramai di kawasan Bangsar dan sekitar Kuala Lumpur sepanjang tahun.

The Gorpis Xoxo

The Gorpis bermula di gerai tepi jalan di Kota Damansara sekitar Disember 2014. Dalam masa setahun, The Gorpis berjaya melebarkan sayapnya dengan pembukaan beberapa cawangan The Gorpis di sekitar Lembah Klang, termasuklah gabungan dengan kafe Kopi Xoxo, milik selebriti popular Malaysia, Nora Danish. The Gorpis menyediakan ‘killer ‘menu Pisang Goreng Cheese dengan beberapa pilihan cheese enak, manakala Kopi Xoxo menawarkan menu masakan tempatan, masakan barat dan minuman dengan resepi yang diubah suai mengikut kreativiti menarik.

pisang goreng cheese
Pisang Goreng Cheese + Strawberry Chocolate – RM8 sepinggan.

The Gorpis @Kopi Xoxo menyediakan beberapa jenis Pisang Goreng Cheese;

1- Original – RM8/set

2- Chocolate – RM8/set

3- White Chocolate – RM8/set

4- Strawberry – RM8/set

Mengikut pemilik The Gorpis @Kopi Xoxo, En.Shahril Shuib, pisang goreng cheese menjadi pilihan ramai kerana kerangupan pisang goreng itu sendiri dan keenakan keju yang disagat sempurna tanpa rasa muak.

Pelanggan yang ingin menjamu selera dengan ‘menu berat‘ juga, boleh juga memesan menu-menu lain yang disediakan di kafe Kopi Xoxo.

Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan ialah Spicy Chicken Aglio Olio dengan harga RM17.90 sepinggan.

Spicy Chicken Aglio Olio
Spicy Chicken Aglio Olio

Aglio Olio di sini sedikit berbeza dengan tempat-tempat lain. Pasta yang digunakan adalah jenis ‘Angel Hair‘, lebih halus berbanding jenis Spaghetti. Tidak terlalu kering dengan kepingan ayam yang banyak, antara tarikan utama pelanggan untuk menikmati sendiri menu ini.

ayam lemon

Satu lagi menu yang menjadi tarikan di sini, Set Nasi Ayam Lemon (RM13.90/set). Nasi putih panas dengan telur mata, dihidang bersama Ayam Masak Lemon yang segar. Rasa lemon yang masam ditambah dengan sedikit rasa manis, memang membangkitkan selera makan pelanggan. Cubalah sendiri!

Antara menu lain yang menjadi tarikan di Kopi Xoxo Bangsar adalah Bubur Xoxo (RM14.90/set) dihidangkan bersama kacang goreng rangup, ikan bilis goreng, telur asin, kangkung dsb.

kopi ais

Dalam banyak-banyak menu minuman di Kopi Xoxo, Iced Kopi Xoxo with Jelly menjadi pilihan ramai. Kopi ais dihidangkan di dalam kole besi, dengan hirisan jeli yang lembut. Jarang kan jumpa minuman sejuk dihidangkan di dalam bekas sebegini.

Alamat Kopi Xoxo: 

RUMODA, No. 3, Jln. Riong, Off Jln. Maarof, 59100 Bangsar (Waze: Kopi Xoxo)

Waktu Operasi:

Selasa – Ahad

(12.30pm – 9.30pm)

Leave a Comment