Chinese FoodFast FoodMakan MalamMakan Tengahari

Teriyaki Chicken Kenny Rogers Sempena Chinese New Year

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Mesra Kanak-kanak
Kemudahan solat
Parking
Bersih
Teriyaki Chicken Kenny Rogers Sempena Chinese New Year di cawangan berdekatan!

Sempena Chinese New Year 2013, team Myselera dijemput untuk merasa hidangan terbaru dari Kenny Rogers Roaster (KRR) iaitu Kenny’s Teriyaki Chicken. Masih lagi mengekalkan hidangan lengkap yang sihat, Teriyaki Chicken dihidangkan bersama dengan Mushroom Chicken Soup, Aromatic rice dan juga muffin yang menjadi kegilaan peminat Kenny Rogers Roaster (kadang-kadang rasa muffin vanilla Kenny Rogers dah macam kurang sengat berbanding dulu)

Untuk pengetahuan pembaca, Teriyaki Chicken ini dibalut dengan kertas pembalut dan dibakar bersama sos teriyaki iaitu campuran bahan seperti cendawan, halia, dan bawang kuning yang betul-betul menepati citarasa penggemar Chinese Cuisine. Ia dihidangkan bersama kertas yang dibalut dan pelanggan perlu membuka pembalut untuk dimakan bersama nasi yang disediakan bersama.

Hidangan lazat Teriyaki Chicken Kenny Rogers sempena Chinese New Year 1

Hidangan lazat Teriyaki Chicken Kenny Rogers sempena Chinese New Year – RM19.90

Bagi peminat Sup Cendawan Ayam, kami boleh katakan  sup cendawan ayam yang dihidangkan bersama Teriyaki Chicken sangat sedap jika dimakan bersama cebisan roti yang dipotong. Fuh!… Sup Cendawan Ayam sahaja kami bagi 5 bintang.. Bagaimana pula dengan menu yang lain? Hai.. marilah datang dan cuba dulu.

Ayam Teriyaki, Campuran cendawan butang, bawang dan juga halia.. Bagi mereka yang tidak menggemar bawang, mungkin agak renyah sikit sebab bawang di potong dadu ada pada ayam tersebut

Ayam Teriyaki, Campuran cendawan butang, bawang dan juga halia.. Bagi mereka yang tidak menggemar bawang, mungkin agak renyah sikit sebab bawang di potong dadu ada pada ayam tersebut

Tropical Flavor Mix; Orange and Pineapple with splash of Strawberry

Tropical Flavor Mix; Orange and Pineapple with splash of Strawberry – RM9.90

Tak lengkap makan di Kenny Rogers jika tiada air. Begitu juga set Teriyaki Chicken Kenny Rogers Roaster. Tropical Flavor Mix yang dihidangkan adalah gabungan oren dan juga nenas bersama sedikit strawberry untuk menambah lagi kesedapan air Tropical Mix ini. Sungguh sedap dan kesegarannya memang terasa. Padanan yang sangat sesuai.

Set Teriyaki Chicken untuk 6 Orang

Set Teriyaki Chicken untuk 6 Orang – RM148.80

Pelanggan boleh membuat tempahan dengan set yang banyak seperti gambar di atas iaitu melebihi 5 packs, dan Kenny Rogers Roaster akan terus menghantar ke rumah anda !
Berita baik untuk masyarakat berbangsa Cina di Malaysia yang akan menyambut Chinese New Year, Kenny Rogers Roaster memperkenalkan “Take It Home Feast”.  

Harga untuk set “Take It Home Feast”  bermula 13 Januari 2013  pada harga RM148.80 untuk hidangan 6 orang. Jika berminat membuat tempahan, pelanggan boleh menghubungi Kenny Rogers Roaster di talian 1-300-888-878.

Para bloggers review Teriyaki Chicken Kenny Rogers

Wakil Media yang di jemput untuk review Kenny’s Teriyaki Chicken

Bagi peminat Teriyaki Chicken, jangan lepaskan peluang merasa hidangan terbaru dari Kenny Rogers Roaster di cawangan berdekatan anda.

Antara Cawangan Kenny Rogers di Kuala Lumpur:

  • AEON AU 2, Ampang
  • Alpha Angle, Wangsa Maju
  • Berjaya Times Square
  • Cheras Leisure Mall
  • KL Convention Centre
  • KL Festival City
  • KL Sentral
  • Maju Junction Mall 
  • Mid Valley Megamall
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Previous post

Restoran Tupai Tupai, Kuala Lumpur. Steamboat Halal Yang Sedap!

Next post

Flaming Steamboat, Danau Kota Setapak

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *