Lokasi Best Berbuka Puasa. Buffet Ramadhan 2015

Saban tahun, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu. Bukan sahaja bagi orang Melayu Islam, ia juga menarik minat bangsa lain di Malaysia. Berikut merupakan senarai tempat berbuka puasa secara buffet untuk bulan Ramadan 1436 (2015), di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya).

Senarai ini merupakan kompilasi restoran dan hotel (berstatus HALAL atau dimiliki oleh Muslim) yang menyediakan hidangan bufet, dengan butiran harga dan nombor telefon untuk tempahan. Biasanya restoran atau hotel akan memberi diskaun serta harga promosi sebelum menjelang Ramadhan, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya!

*Jika anda adalah pengusaha restoran, boleh juga hubungi kami di [email protected] untuk mempromosikan premis anda. (Antara lokasi yang masih belum ada adalah seperti di Selayang, Puchong, Kajang, Klang)

Restoran Rebung, Bangsar
Harga Dewasa – RM75.00++
Harga Kanak-kanak (5-11 tahun) – RM48.00
No Tel : 03-22832119

Menara Kuala Lumpur / KL Tower
Harga Dewasa – RM99.00++
Harga Kanak-kanak  – RM59.00++ (PERCUMA bagi kanak-kanak 1-3 tahun)
No Tel : 03-20201035

Tonka Bean Café, Impiana KLCC Hotel & Spa
Harga Dewasa – RM148.00 nett/pax
Kanak-kanak (6-12 tahun) – 50% diskaun
No Tel : 03-21471111, ext. 3034, 3035 or 3320

Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Harga Dewasa : RM138 / person
Harga Kanak-kanak bawah 4 tahun : PERCUMA
Harga Kanak kanak dari 4 hingga 12 tahun : 50% OFF
No Tel : 03-2717 9933

Blue Wave Hotel, Shah Alam
Harga Dewasa RM125++
Warga Emas / Kanak-kanak RM70++
No Tel : 03-55118811

INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam
Harga Dewasa – RM55.00
Harga Pakej RM155 (2 Dewasa 2 Kanak-kanak)
No Tel : 03-55225009

De Palma Hotel Ampang
Harga Dewasa – RM75.00
Harga Kanak-kanak (6 to 11 years old) – RM45.00
No Tel : 03-42707070

Bangi Golf Resort Club House
Harga Dewasa RM55.00
Harga Kanak-kanak RM27.00
No Tel : 03-8925 3728

Ramai juga yang bertanya dan mencari buffet ramadhan dalam aggaran RM10 ke RM50, namun ia tertakluk kepada pihak restoran. Kami nasihatkan agar anda menghubungi pihak restoran untuk harga sebenar dan mengelakkan dari tertipu.

Apa yang penting, pastikan status HALAL terlebih dahulu.

Selamat berbuka puasa dan makan seadanya. Jangan lupa solat terawih!

Leave a Comment