Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kelantan sediakan menu unik Teh Tarik Madu yang sangat sedap!

Teh Tarik Madu dan Sup Kepala Ikan – Menu Unik di Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kelantan

Teh Tarik Madu Pak Mat pernah menjadi viral semasa diawal kemunculannya. Sinonim dengan namanya, teh ais yang dicampur madu aku ditarik sehingga mengeluarkan buih yang banyak. Ada rasa lemak-lemak manis. Yang penting, teh tarik madu tidak terlalu manis!

Warung Pak Mat Pulau Pisang

Harga teh tarik madu ini adalah RM4.20 untuk segelas. Sangat nyaman diminum ketika cuaca panas. Umum mengetahui, teh ais di negeri Kelantan agak manis, tetapi teh tarik madu ini sangat berbeza rasanya. Boleh singgah di sini sekiranya ada ke Kota Bhara atau Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Warung Pak Mat Pulau Pisang juga menyediakan pelbagai menu untuk makan tengah hari. Antara menu utama yang menjadi tarikan ialah Sup Kepala Ikan. Menu harus cuba!

Warung Pak Mat Pulau Pisang

Ikan yang digunakan ialah bahagian kepala ikan siakap. Menariknya, rasa sup ini sangat unik. 1001 rasa rempah ratus sup, resipi rahsia pemilik Warung Pak Mat.

Harga sup kepala ikan bergantung kepada harga semasa ikan siakap, bermula dengan harga RM63.00 sepinggan besar ini. 4 orang boleh makan untuk sepinggan besar ini.

Selain itu, menu lain turut disediakan seperti daging goreng kunyit, ayam percik Kelantan, ayam kampung goreng, kari ikan dan pelbagai lagi. Pasti membangkit selera.

Tepuk dada, tanya selera.

Cara ke Warung Pak Mat Pulau Pisang:

Waze: Warung Pak Mat Pulau Pisang.

No tel: 013-919 8131

Leave a Comment