Sushi King Halal Atau Tidak?

Sushi King merupakan franchise sushi terbesar di Malaysia dengan kekuatan sebanyak 88 outlet. Boleh dikatakan outlet mereka sudah hampir berada di setiap negeri:
  • Johor

  • Pahang

  • Kedah

  • Perak

  • Klang Valley – KL

  • Penang

  • Klang Valley – Selangor

  • Sarawak

  • Negeri Sembilan

  • Sabah

  • Melaka

  • Kelantan

Adakah Sushi King sudah memiliki status Halal berautoriti JAKIM?  Semestinya di restoran mereka masih belum dipamerkan sebarang logo Halal. Semakan kami (December 2014) di laman web www.halal.gov.my dengan carian “Sushi King” dan “Sushi Kin Sdn Bhd” juga tidak memberi sebarang jawapan. KING’S CONFECTIONERY SDN BHD adalah…

Di laman web mereka sendiri di bahagian FAQ maklumat berkaitan Halal telah diterangkan dengan jelas:

Are Sushi King Restaurants Halal certified by JAKIM?
We are not Halal certified restaurant. No Mirin is used for food preparation in our restaurants. Our poultry products such as chicken and beef are Halal-certified.

Tidak dinafikan memang ramai peminat Sushi King di Malaysia terutamanya yang beragama Islam. Ini dibuktikan dengan pembukaan outlet Sushi King yang terbaru di Bangi (kawasan yang majoriti penduduk Melayu Islam)

Cuma kami tertanya-tanya mengapa sebuah franchise yang begitu terkenal di Malaysia masih gagal mendapatkan pengesahan Halal oleh JAKIM?

Jadi seperti biasa, jika sesebuah premis itu tidak dimiliki oleh Muslim atau tiada halal berautoriti, kami tetap dengan pendirian kami-apa yang masuk dan menjadi darah daging kami-akan dipastikan ianya halal toyyibah.

Tepuk dada tanya selera!

Terjemah hadith :
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh banyak manusia. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati ” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

 

Wallahualam……….

1 thought on “Sushi King Halal Atau Tidak?”

  1. Salah satu sebab kenapa Sushi King tak boleh dapat sijil JAKIM adalah sebab diorang ada serve alkohol. Mana2 restoran yang serve alkohol automatik xboleh dapat sijil JAKIM.

    Tentang makanan, diorang mmg jamin semua ingredient datang dari source yang halal. So, semua ni atas keyakinan masing2. Siapa xyakin, xboleh makan. Jangan xyakin lepas tu pasrah je makan.

    Reply

Leave a Comment