Super Bowl Delights (Cafe), Sungei Wang Plaza

Agak sukar mencari kedai makan ataupun restoran masakan Melayu di tengah Kotaraya Kuala Lumpur. Terutamanya di kawasan shopping mall berstatus antarabangsa seperti Sungei Wang Plaza & Bukit Bintang. Ada memang ada, tetapi mungkin harga pula yang mahal melampau.

Super Bowl Delights yang baru sahaja dibuka dua minggu yang lalu menjadi perhatian kami. Walaupun ia masih baru tetapi dengan menu Malaysian’s Cuisine, ada sahaja yang datang menjamu!

Super Bowl Delights Sungei Wang Plaza
Pelanggan melayu dan Chinese sama ramai makan disini.!

 

Menurut pemilik Super Bowl Delights, Encik Sobri, idea dan konsep kafe ini diilhamkan dari kedai makan di airport iaitu konsep layan diri.  Kalau tengok pada hiasan kedainya memang sangat simple dan kemas

Menurut beliau, agak sukar untuk mencari makanan melayu yang murah seperti Asam Laksa, Nasi Lemak, Bihun Goreng Tomyam, Mee Rebus dan Mee Kari di kawasan Sungei Wang Plaza.

Kafe Super Bowls Delight agak tersorok lokasinya. Walaupun begitu, setiap masa pasti kelihatan ada yang singgah ke sini untuk menjamu selera. Nasi lemak dan Asam Laksa merupakan hot menu di sini. Mungkin kerana laksanya sedap dan juga harga yang berpatutan (Asam Laksa – RM8.90).

Nasi Lemak Super Bowl Delights Sungei Wang Plaza
All time favourite rakyat Malaysia, Nasi Lemak
Mee Rebus Super Bowl Delights Sungei Wang Plaza
Mee Rebus, kaw kaw punya rasa!

Semua jenis makanan disini dimasak di kedai, bukan diambil dari luar. Menggunakan dapur elektik, jadi tiada bau makanan hangus.

Harga

  • Mee Kari – RM9.90
  • Mee Rebus – RM8.90
  • Nasi Lemak Rendang – RM9.90
  • Super Bowl Special – RM9.90
  • Asam Laksa – RM8.90
  • Bihun Tomyam – RM7.90
  • Semua minuman sejuk – RM2.80
  • White coffee & Black Coffee – RM2.80

The Best Asam Laksa in Town!

Kami bersetuju menyatakan Asam Laksa di Super Bowl Delights boleh tersenarai antara The Best Asam Laksa in Town!.  Dengan kuah yang pekat, isi ikan sardin yang agak kasar memang menaikkan selera. Tak disangka-sangka, asam laksa mereka sesedap ini. Portion yang disajikan juga agak besar.

Asam Laksa Super Bowl Delights Sungei Wang Plaza
Asam Laksa best in Town! Wajib cuba makan disini!! Recomended!

Selain dari Asam Laksa, kami turut mencuba Super Bowl Special seperti Kuey Teow Goreng. Rasanya sedikit pedas tetapi cukup rasa. Ini merupakan signature dish yang mesti cuba.

Super Bowl Special Super Bowl Delights Sungei Wang Plaza
Super Bowl Special dengan special ingredients!

Selain daripada Asam Laksa dan Super Bowl Special,  tarikan lain yang menggamit pelancong luar tidak lain tidak bukan adalah Nasi Lemak Rendang Ayam! Tidak dinafikan pasti ramai pelancong luar mencari nasi lemak di kawasan sebegini. Nasi lemak disini kurang pedas, memang sesuai untuk pelancong luar negara yang tidak biasa dengan pedas.

Mee Rebusnya pekat dan tidak mengecewakan. Begitu juga dengan Mee Kari nya. Bagi peminat Mee Kari ala kampung, disini mereka menyediakan mee kari bersama-sama dengan kerang. Kerang yang dikopek dan direbus sendiri. Memang segar!

Mee Kari Super Bowl Delights Sungei Wang Plaza
Mee Kari Super Bowl Delights Sungei Wang Plaza
Myselera di Super Bowl Delights Sungei Wang Plaza
Bersama Pemilik Super Bowl Delights En. Sobri

Bagi anda yang selalu pergi membeli belah di Bukit Bintang, Berjaya Times Square, Plaza Low Yat atau Plaza Sungei Wang, jika terasa lapar, kami sarankan singgah makan di kafe ini. Harga berpatutan dari kedai-kedai makan yang lain dan yang penting mengutamakan citarasa Malaysia!

[box_info]

Super Bowl Delights (Cafe)
LG-159, Lower Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

[/box_info]

 

Leave a Comment