CherasKuala LumpurWestern Food

Suka Sucre Bistro Fazley Yaakob Kekalkan Citarasa Negeri Sembilan

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Parking
Suka Sucre

Suka Sucre Bistro, kalau sebut sahaja pasti ramai yang tahu pemiliknya adalah seorang yang artis yang telah memenangi Masterchef Selebriti Malaysia iaitu Datuk Fazley Yaakob.

Dengan berbekalkan gelaran Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley terus menggunakan peluang yang ada dengan mengikuti kelas masakan ternama iaitu Le Cordon Bleu, Paris dalam bidang Kulinari dan peringkat sarjana di Sugar Art di PME, United Kingdom.

Suka Sucre yang bermaksud Suka Gula dimana Sucre bermaksud Gula dalam bahasa French.

Suka Sucre Bistro Datuk Fazley Yaakob001

Hiasan dalaman yang Exclusive!

Pertama kali masuk Suka Sukre Bistro, sangat tertarik dengan hiasan dalaman yang boleh dikatakan cukup eksklusif.

Suka Sucre Bistro Kekalkan Sajian Ala Negeri Sembilan

Bila tengok Menu yang ada di Suka Sucre, kebanyakkannya adalah makanan French dan Asian. Dato’ Fazley yang berasal dari Negeri Sembilan mengekalkan citarasa makanan Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api. Sungguh la rugi tak singgah merasa masakan Datuk Fazley Yaakob.

Memandangkan masa kami sampai masih pagi jadi tiada orang, servis boleh dikatakan agak cepat dan mesra. Selepas selesai makan pun staff disini ramah bertanya makanan sedap ataupun tidak.

Hidangan yang saya pilih adalah Pasta Daging Salai Masak Lemak  dan Nyonya Paris sebagai dessert! Dessert Nyonya Paris di cadangkan sendiri oleh Datuk Fazley. Kebetulan pula dia berada di restoran.

Sempat jumpa dan sembang.

Suka Sucre Bistro Datuk Fazley Yaakob009

Pasta Daging Salai Lemak Cili Api – Mesti cuba. RM21.90

Suka Sucre Bistro Datuk Fazley Yaakob002

Coffee Latte

Jika datang ke Suka Sucre JANGAN LUPA untuk mencuba dessert mereka yang popular iaitu Nyonya Paris – agak unik kerana menggabungkan elemen pencuci mulut timur + barat. Ada gula melaka dan butterscoth. Kek vanilla dan coklat. memang manissss!

Suka Sucre Bistro Datuk Fazley Yaakob003

Top Dessert Nyonya Paris.

Keseluruhan saya boleh kata makanan disini memang sedap! Wajib la pergi dan cuba. Parking pun tak susah. Free parking ok! Tak perlu bayar.

Bagi anda yang makan di Suka Sucre Bistro boleh ke alamat di bawah:

Suka Sucre Bistro Fazley Yaakob
Wisma RYU, 81, Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras

Waktu operasi: Selasa – Ahad  12pm – 7pm

Instagram : SukaSucre

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • suka sucre
Previous post

Restoran Eye's Steak, Steak Murah di Kuala Lumpur

Next post

Restoran Red Wok Bangi Sajikan Steamboat & Masakan Cina

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. […] lupa untuk merasa macaroons yang menjadi signature dish di Suka Sucre Bistro di Fish & Co. sebab dia punya macaroons memang […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *