Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan dengan 150 Jenis Hidangan

Agak lama tak makan steamboat, kami mengambil keputusan berkunjung ke Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

[quote]Di Seksyen 13, Shah Alam terdapat dua restoran steamboat yang  bersebelahan tetapi kami memilih Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan kerana tawaran 150 jenis hidangan dan yang paling istimewa kambing panggang turut dihidangkan untuk pelanggan.[/quote]

D’Kayangan Steamboat menyediakan dua tempat makan untuk pelanggan, iaitu bahagian tertutup dan open air.

Supnya tipikal seperti restoran steamboat yang lain, pelanggan hanya boleh memilih sup sama ada sup ayam atau tom yam. Biasanya ramai yang memilih tom yam, betul tak?

Macam biasa kalau dah makan steamboat mesti ambil dan cuba pelbagai jenis seafood sebab tiada had limit dan hanya perlu bayar kurang dari RM33. Boleh cuba pelbagai jenis bebola seafood, udang, sotong, ketam termasuklah siput. Siput buluh atau dikenali dengan siput pahat pun ada di sini.

Steamboat Dkayangan Shah Alam Seafood
— Ambil semua penuh pinggan.. Jangan segan segan.. hehe

Di bahagian marinate pula ada ayam, udang, daging lembu, daging kambing dan pelbagai jenis ikan untuk dibakar sekiranya pilih steamboat termasuk grill. yelah, kalau tak ambil set grill macam mana nak bakar kan?

Bahan mentah yang boleh dimakan terlalu banyak. Tak larat kami nak rasa semua.

Steamboat Dkayangan Shah Alam Bebola
Segala jenis macam bebola.. termasuk angry bird dan semua yang comel comel
Pelbagai Jenis Mee di Steamboat Dkayangan Shah Alam
— Mee pun banyak. pilih je mana suka

Bagi mereka yang teringin makan masakan panas seperti mee goreng, bihun goreng, maggie goreng serta nasi goreng, jangan risau, ianya turut di sediakan di sini.  Tapi kalau makan goreng-goreng sahaja dan tak pekena seafood, tersangat lah rugi!

Selepas penat memilih segala  nak makan, bersedialah menjadi chef amatur dapur grill..Hehe. Sebelum grill jangan lupa letak planta yang di sediakan. Jangan lupa juga untuk celup dengan sos lada hitam sebelum bakar.. baru umphhhh!

Menikmati Steamboat Dkayangan Shah Alam
— Jangan tamak.. Nanti tak habis kena bayar RM10 untuk 100 gram ye..

Sementara menunggu yang direbus dan dibakar itu siap, kami mencuba daging kambing bakar yang disediakan. Pergi ke bahagian kiosk daging kambing, dan minta la sebanyak mana yang anda suka. Daging kambing bakar dia boleh tahan (tetapi sudah agak sejuk) dan tak terlampau rasa hamis.

-- Daging Kambing Bakar..
— Daging Kambing Bakar..

Lepas siap makan steamboat boleh sambung dengan pencuci mulut. Tapi malangnya kami tak sempat nak merasa sebab terlampau khusyuk bersembang sehingga pencuci mulut dah habis. Jadi kami buat ABC special sendiri bersama ais krim untuk menggembirakan hati.

Oh ya, minuman sejuk yang disediakan adalah air anggur dan oren. Air teh tarik pun ada. Boleh refill suka hati.

Untuk mereka yang mencari-cari kedai makan steamboat BBQ di Shah Alam, jangan lupa singgah di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan. Sesuai untuk destinasi makan malam bersama keluarga.

Sedap atau pun tidak? Ok ke tidak? Itu anda kena datang sendiri ke D’Kayangan. Bila sudah nanti sila tinggalkan pengalaman anda di ruangan komen ya.

Harga set yang ditawarkan:

  • Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + buah +Dessert + Air sejuk + Teh Tarik.
    Harga Dewasa : RM33 sahaja
    Kanak-kanak : RM17  sahaja.

Promosi berbuka puasa di bulan Ramadhan 2014:

[box_info]

Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

Sri Acappella Servis Apartment,
No 1, Jln Lompat Tinggi 13/33M,
Seksyen 13, 40100
Shah Alam.

No tel : 012-397 0091/012-297 1091/ 03-5523 4979.
Facebook : Steamboat Buffet BBQ D’Kayangan

Operation Hour: 06:00 pm – 12:00 am

[/box_info]

[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”12″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”false” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.088301,101.54794{}fishchips.png{}Steamboat Buffet BBQ DKayangan” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

5 thoughts on “Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan dengan 150 Jenis Hidangan”

  1. assalamualaikum kakak….apakah semua makanan yang kakak review HALAL? saya mau coba, tp butuh konfirmasi halal. terimkasih.

    Reply

Leave a Comment