Makan MalamNegeri Sembilan

Satay Tulang Jelebu, Negeri Sembilan

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Parking
Bersih
Best of the best Satay Tulang!

Pernah dengar “Sate Tulang”? Kalau tak pernah dengar cuba bayangkan macam mana nak makan sate tulang. Sedangkan tulang la yang kita buang setiap kali makan ayam. Kali ni nak makan pula tulang. Apa yang istimewa dengan sate tulang ini agaknya?

Sate tulang paling sedap hanya ada di Jelebu.

Krew sempat singgah ke gerai satay tulang jelebu yang famous dan popular di Dataran Senawang.

Menurut petikan di MyMetro, Satay Tulang Jelebu di usahakan oleh Abu Mansor Abu Sammah, 42 dan dicipta oleh datuknya sebelum merdeka. Resepi Satay Tulang Jelebu ini merupakan resepi turun termurun selama 60 tahun.

Gerai Satay Tulang JelebuKawasan gerai nampak  sahaja kecil, tetapi dalam pukul 7 petang gerai ini akan dibanjiri manusia!

Penjual Satay Tulang Jelebu“Ingat sampai bila bila” 

Satay Tulang Jelebu yang menggunakan trademark “Ingat sampai bila bila” turut menjual sate ayam dan daging dan juga nasi impit. Memang tak lengkap la kalau makan sate tak ada nasi impit.

Harga sate untuk setiap cucuk di gerai Satay Tulang Jelebu seperti berikut:-

  • Sate Tulang : RM1.10
  • Sate Ayam : RM0.70
  • Sate Daging : RM0.70
  • Nasi Impit : RM1.00

Memandangkan kami ni geng-geng tamak haloba, (hahaha) kami hanya order 20 cucuk sate tulang dan 20 cucuk sate ayam.

Tapi bagi mereka yang tidak biasa makan tulang mungkin agak sukar nak makan sate tulang. Sate tulang kalau tak pandai makan, mungkin akan menyebabkan pembaziran.

Tapi kalau anda mempunyai gigi yang kuat memang sate tulang ini boleh digigit sampai hancur walaupun tulangnya kasar.

Satay Tulang Jelebu, Senawang

Sate Tulang

Sate Ayam Satay Jelebu

Sate Ayam

Harga satay tulang jelebu

Perbezaan size sate tulang dan sate ayam di Satay Tulang Jelebu, Senawang.

Bagi peminat sate, ini merupakan destinasi wajib singgah bagi anda. Kalau tak sempat nak makan di sana, bungkus pun boleh. Bagi kami sate tulang ini memang sedap, cuma kadang-kadang tercekik juga admin makan tulang….Tetapi rempah yang digunakan dalam resepi sate bakar ini memang ternyata sedap. Kuah kacangnya pun boleh tahan. Selamat mencuba ya!

[box_info]

Satay Tulang Jelebu
No 123G, Jalan Komersial 5,
Dataran Senawang, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 5 petang – 3 pagi

[/box_info]

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • sate tulang
  • satay tulang senawang
  • satay tulang jelebu
  • satay tulang
  • sate tulang senawang
  • resepi satay tulang
  • sate tulang jelebu
  • resepi sate tulang
  • sate tulang seremban
  • tempat makan best di seremban
  • satay tulang jelebu senawang
  • rempah buat sate tulang
Previous post

Restoran Nasi Arab Al-Edrus Kuala Terengganu

Next post

Restoran Mee Kari Udang Galah Resepi Haji Saharudin (RHS), Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. Nadz
    July 7, 2018 at 8:25 pm — Reply

    Satay Tulang Jelebu mmg service teruk. Peniaga sombong. Tunggu almost 2 hours, x dpt2 lagi padahal order 10 cucuk je. Peniaga sibuk nak siapkan yg bungkus punye sedangkan kami yg makan kt sini dok depan mata x boleh pulak dia letak sikit dulu kt pinggan sikit bagi kami makan dulu. Org yg mintak bungkus tu x dtg pun lagi amek satay yg dia order. Kalau la dlm 200 cucuk tu dia amek 5 batang je pun bg dulu kt pelanggan yg menunggu pun takpe. Berlengas ketiak menunggu, ckup dgn sombong nya..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *