Siapa Cakap Tiada Satay Celop Halal di Melaka?? Satay Celop Warisan di Restoran Celop Celop

Selain daripada Asam Pedas dan Chicken Rice Ball, Satay Celop juga merupakan menu sedap yang sentiasa menjadi carian pengunjung yang berkunjung ke Bandaraya Bersejarah Melaka. Jika sebelum ini, pengunjung  beragama Islam, akan menghadapai sedikit masalah untuk mencari restoran yang menyediakan satay celop halal di Melaka. Kini tidak lagi. Restoran Celop-celop merupakan restoran pertama yang menyediakan hidangan satay celop halal dan sedap di Melaka.

Apa Itu ‘Satay Celop’?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu ‘satay celop‘? Asasnya, satay celop adalah seakan-akan menu steambot yang dicucuk di lidi (seperti satay), dan akan direbus untuk seketika dan dimakan bersama kuah kacang dengan rempah istimewa. Sosej, wantan, sotong, fishcake, telur puyuh dan sotong merupakan kepelbagaian satay celop yang ditawarkan di sini.

Satay Celop Halal di Melaka

Harga Satay Celop Halal di Melaka

Pengunjung Restoran Celop-celop boleh memilih pakej atau ala-carte untuk hidangan di sini. Untuk Set, ada Couple Set berharga RM25.90 atau Family Set dengan harga RM35.90. Kalau dengan bilangan ahli keluarga, bolehlah ambil pakej Super Family Set dengan harga RM55.90.

Memandangkan kami datang dengan famili yang kecil, kami memilih Couple Set. Jadi, kami akan ke peti sejuk yang menempatkan satay celop yang masih mentah. Kami boleh memilih 20 cucuk Satay Celop mengikut citarasa kami. Kami juga diberi 2 Gelas Air Percuma bersama 2 Scoop Aiskrim.

Sekiranya anda tidak memilih sebarang Pakej Set ini, boleh juga memesan secara ala-carte dengan harga berbeza. (harga lebih tinggi)

2

Selesai memilih Satay Celop, kami akan memulakan proses memasak. Oh ye, semasa memilih satay, krew kedai akan memanaskan tempat untuk ‘merebus’ satay celop. Tak silap kami, ada dua pilihan sos. Kami memilih untuk sos yang agak pedas. Satay-satay celop akan diletakkan di dalam bekas seperti gambar di bawah ini.

Satay Celop akan ‘dimasak’ dalam masa 5 minit. Kemudian, kami akan mengeluarkan satay celop bersama sedikit sos pedas untuk rasa yang lebih basah. Untuk anak-anak yang tidak tahan pedas, bolehlah request air panas untuk dicelop bagi menghilangkan rasa sos pedas itu.

3

Antara keseronokan menjamu selera dengan Satay Celop ini adalah semasa proses memasak. Walaupun nampak ringkas, tetapi sekiranya terlebih masak, satay tersebut tidak sesedap seperti yang disangka. Jadi untuk langkah selamat, seeloknya, masak sedikit demi sedikit untuk mengelakkan satay tersebut terlebih masak.

4

Serius! Kami suka dengan rasa sos. Walapun pedas, tetapi kena dengan lidah kami yang gemarkan makanan pedas. Jangan risau, air sirap sejuk yang nyaman turut disediakan.

6

Satay Celop Telur Puyuh + Satay Celop Kangkung + Satay Celop Wantan..kombinasi Satay Celop yang tidak akan kami lupakan. Sehingga keluar ait mata menahan kepedasan. Memang terbaik!

5

Boleh bayangkan tak, makan pedas-pedas, tiba-tiba dapat pula aiskrim perisa strawberry & keladi yang sejuk dan manis….nikmatnya hanya Dia sahaja yang mengetahui.

Sekiranya melawat Bandaraya yang penuh dengan sejarah Melayu ini, jangan lupa singgah di Restoran Celop-celop  yang menyediakan hidangan Satay Celop Halal di Melaka yang sedap dengan harga berpatutan.

Alamat Restoran Celop-celop Melaka: 

Depan AeonBandaraya Melaka – Sebelah Seng Heng Taman 1 Lagenda

1 thought on “Siapa Cakap Tiada Satay Celop Halal di Melaka?? Satay Celop Warisan di Restoran Celop Celop”

Leave a Comment