Nak Makan Mee Kolok dan Laksa Sarawak? Pergi Sahaja ke Sarawak’s Bowl, Setapak Central.

Negeri Bumi Kenyalang sinonim dengan menu-menu asli yang unik dan jarang dijumpai di negeri lain. Sebut sahaja menu Mee Kolok, fikiran pasti akan teringatkan negeri Sarawak. Selain itu, keunikan rasa Laksa Sarawak juga menjadi tarikan dan carian utama untuk santapan sekiranya berkunjung ke Sarawak.

Jika sebelum ini anda perlu ke Sarawak untuk menikmati masakan asli Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa, Pansuh Ayam atau Kek Lapis Sarawak, kini tidak lagi. Hanya perlu ke Setapak!

Sarawak’s Bowl di Setapak Central Mall menyediakan pelbagai masakan asli Sarawak seperti di SENARAI INI untuk penggemar dan pencari masakan Sarawak yang ‘nyaman’ dengan harga yang berpatutan.

Sarawak’s Bowl mula beroperasi pada April 2016 yang lalu dan terletak di Tingkat 2 Setapak Central Mall, bersebelahan dengan MBO Cinema. Dekorasi kafe yang ringkas tetapi kemas ini mempunyai ruang makan yang sederhana besar dan boleh memuatkan kira-kira 80 orang pelanggan dalam satu-satu masa.

sarawak-cafe

Di sini, setiap makanan yang dipesan akan dimasak panas-panas untuk menjamin kesegaran dan kualiti rasa. Jadi, sedikit masa menunggu diperlukan sebelum menu yang dipesan sampai di meja. Sambil menunggu bolehlah ber’chit-chat’ bersama famili atau rakan-rakan kerana suasana di sini tidaklah terlalu bingit seperti di sesetengah tempat makan lain.

Menu Menarik di Sarawak’s Bowl.

laksasarawak

laksasarawak2

meekolo

meekolo2

Sarawak's Bowl

1

Facebook: SarawaksBowl

http://www.sarawakbowl.com/

Leave a Comment