Sarapan Pagi Nasi Lemak Kukus di Berinchang, Cameron Highland

Anda berada di Cameron Highland untuk bercuti? Mesti tak ada selera makan di hotelkan? Tak tahu nak sarapan pagi dekat mana? Kalau mencari tempat makan sedap di Cameron Highland ayuh kita ke Medan Selera Berinchang, Cameron Highland.

Sebenarnya tak banyak makanan sarapan pagi yang boleh dimakan kat Berinchang, Cameron Highland. Rata-rata yang bagi komen selepas di Google, memberi cadangan Nasi Lemak Kukus di Berinchang ini. Jadi kami pun ingin mencuba!

Sejuk-sejuk makan nasi lemak kukus!

Di Food Court Berinchang, Cameron Highland ada banyak kedai makan. Tapi di awal pagi rata-ratanya menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk. Ada juga yang jual roti canai, tapi itu area tepi jalan sikit.

Sarapan Nasi Lemak Kukus Berinchang, Cameron Highland

Memandangkan masa tiba tengok ramai orang beratur, jadi kami pilih untuk bersarapan Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah

Dalam banyak-banyak kedai ini sahaja kedai yang jual Nasi Lemak Kukus. Yang lain semua nasi lemak biasa bersama beberapa sambal antaranya sambal sotong, sambal udang, ikan bilis dan lain-lain

Sarapan Nasi Lemak Kukus Berinchang, Cameron Highland

Sedap ke nasi lemak kukus ayam berempah ni?

Sarapan Nasi Lemak Kukus Berinchang, Cameron Highland

Ini komen kami.

1) Kalau tengok pada cara nasi kukus dihidang pada pelanggan, memang menarik. Menggunakan bakul jerami sebagai alas.

2) Sambal – Sedap! Dan sebenarnya tak cukup 1 senduk. Jadi, sila mintak tambah lagi satu senduk. Haha

3) Nasi – Lembut dan enak! Nampak je sikit. Bila dah makan, kenyang suka hati! hehe

4) Ayam goreng berempah – Ini paling win. Sedap mak ai! Sanggup tunggu yang baru angkat dari dapur semata-mata nak bahagian tight. Memang kena dengan nasi lemak kukus dan sambal. Tapi kalau nak meratah, akan rasa sedikit rasa masin. Dan disini, self service pilih ayam sendiri.

5) Harga – Kami makan 3 orang. Jadi kami ambil 3 nasi lemak kukus ayam goreng berempah + telur mata goreng dan 1 cawan horlick panas. Harga jumlah semua RM25. Agak-agak berapa ringgit Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah + telur mata? Boleh jadi RM7.50 satu pinggan. Murah? Harga biasa di pusat pelancongan popular Cameron Highland.

Sarapan Nasi Lemak Kukus Berinchang, Cameron Highland
Layan je la gambar ni. Nak sedap, pergi la jamah ye. Makan diwaktu sejuk. Pergh..

Secara keseluruhan, makan disini puas hati. Kalau anda menginap di Berinchang, Cameron Highland, saya cadangkan sarapan disini.

1 thought on “Sarapan Pagi Nasi Lemak Kukus di Berinchang, Cameron Highland”

Leave a Comment