Shah Alam

BASON by Seri Keningau Shah Alam. Menu Sedap Dari Pagi Hingga Ke Malam!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa beza Restoran Seri Keningau dengan BASON by Seri Keningau Seksyen ?

Sebenarnya, BASON by Seri Keningau adalah kafe berkonsepkan hipster, satu langkah baru selepas kewujudan Restoran Seri Keningau. Menu-menu yang terdapat di BASON by Seri Keningau lebih moden dan diinovasikan daripada menu-menu tempatan.

BASON by Seri Keningau

Apa Yang Best di BASON by Seri Keningau?

Lokasi

Lokasi BASON by Seri Keningau ialah di Seksyen 9 Shah Alam, bersebelahan dengan Plaza Masalam. Premis 2 tingkat ini mempunyai ruang makan yang lebih luas di tingkat atas berbanding tingkat bawah. Selain daripada menu yang pelbagai, tarikan lain kafe ini ialah dekorasi dan hiasan dalam yang sangat menarik. Kepada peminat selfie, pasti banyak hasil selfie berlatar belakangkan BASON.

Menu Sedap

bason3

Pelbagai variasi menu menarik yang disediakan daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Antara menu menarik yang ditawarkan di sini ialah masakan tempatan seperti nasi goreng ketam & nasi goreng tomyam seafood, masakan barat seperti Salmon Sizzling & Nyummy Meatball, aneka jenis kek dan pelbagai jenis minuman. Tepuk dada tanya selera.

Untuk kunjungan kali pertama ini, berikut adalah menu yang berjaya membuka selera kami untuk mencuba keistimewaa menu-menu menarik di BASON Shah Alam.

bason4

Salmon Sizzling. Salmon yang dibakar dan dihidangkan di atas potonga ubi kentang rebus. Disajikan bersama sos istimewa dan sayur-sayuran. Masih berasap semasa dihidangkan. Hanya RM20.00 untuk satu set ini.

bason5

Nasi Kukus Mama dengan Ayam Power. Saiz ayam yang besar dan dihidangkan panas-panas bersama gulai memang membuka selera. Dengan hanya RM7.50 untuk satu set ini, memang boleh kenyang hingga pagi esok. Selain Ayam Power, nasi kukus mama menawarkan Sotong King XL (RM12.50) dan Ikan Siakap Terbang (RM17.50) untuk mereka yang mencari kelainan selera.

bason6

Bagi yang meminati masakan ala Thailand, bolehlah memesan Nasi Goreng Tomyam Seafood (RM9.50). Rasa asli masakan Thai memang ada untuk menu ini, dihidangkan bersama telur mata dan keropok ikan dari Pantai Timur.

bason7

Ok. Well-said..Ni pencabar utama Meatball IKEA. Nyummy Meatball– 10 biji bebola daging homemade yang dilimpahi dengan sos brown mushroom bersama coleslaw & kentang goreng. Oh ye, jem strawberry pasti ada untuk rasa masam masam manis. RM10.90 sahaja untuk satu set yang menyelerakan!

bason8

Nasi Goreng Kampung bersama keropok ikan, telur mata, sayuran dan paling penting, sambal belacan.

Sila ambil perhatian, portion di BASON Shah Alam adalah besar dan mengenyangkan. Paling penting, walaupun semasa kunjungan anda ke sini, ruang makan dipenuhi oleh pelanggan, servis di sini sangat pantas, sama ada di tingkat atas atau tingkat bawah. Krew-krew BASON sentiasa bersedia untuk memberi servis yang terbaik.

Sambutan Hari Jadi

Ini satu lagi benda yang best tentang BASON by Seri Keningau. Anda boleh menempah ruang khas untuk mengadakan sambutan hari jadi atau majlis-majlis kecil lain.

BASON by Seri Keningau

‘Arrangement’ boleh dilakukan dengan kerjasama krew-krew yang bertugas. Hubungi sahaja no telefon yang tertera di bawah ini.

bason10

Alamat Bason by Seri Keningau:

Section 9, Shah Alam, Selangor, Malaysia (bersebelahan Nasi Kandar Pelita Plaza Masalam)

Tel+60 17-819 9776

Waktu Operasi : 7.30 pagi – 12 tengah malam.

Facebook: BASON

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • bason seksyen 9
  • bason shah alam#spf=1
  • menu bason seksyen 9
  • Makan di Bason
  • harga nasi kukus sotong bason
  • full menu bason by seri keningau
  • bason cafe di shah alam
  • bason seri keningau menu
  • bason seksyen 9 operation hours
  • bason menu
  • bason cafe menu
  • menu di bason shah alam
Previous post

Homemade Chicken Chop Ayob's Kafe. Kafe 'Antik' Di Kota Damansara

Next post

Menu Menarik di Restoran Serai@Paradigm Mall. Jangan Lupa Cuba Nasi Kerabu Ayam Percik!

Jamar

Jamar

TRAVELOG KEHIDUPAN - LIFESTYLE BLOGGER

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *