Sakae Sushi Halal atau Tidak?

Masih banyak restoran-restoran terkemuka dan terkenal di Malaysia yang sentiasa dikunjungi oleh masyarakat Muslim tidak mempunyai status atau logo halal dari badan yang diiktiraf (JAKIM).

Ini termasuklah Sakae Sushi, rangkaian francais masakan Jepun yang berpangkalan di Singapura di bawah Syarikat Sakae Holdings Ltd.

Rangkaian Sakae Sushi semakin berkembang di Malaysia dan populariti mereka semakin menghampiri satu lagi rangkaian makanan Jepun yang popular di Malaysia iaitu Sushi King.

Berikut merupakan lokasi Sakae Sushi di Lembah Klang:

AEON Bukit Tinggi Klang, IOI Mall, Sunway Pyramid, 1-Utama, The Curve Shopping Mall, Paradigm Mall, KL Festival,The Mines,Berjaya Times Square, Cheras LeisureMall

Semakan terakhir kami pada 31/12/2013 di laman sesawang Portal Rasmi Halal Malaysia, www.halal.gov.my mendapati Sakae Sushi sememangnya tidak tersenarai dalam pangkalan data halal JAKIM. Ini mengesahkan bahawa Sakae Sushi sememangnya tidak mempunyai Sijil Halal JAKIM.

Ramai peminat-peminat makanan Jepun di Malaysia terutamanya yang beragama Islam telah bertanya di laman Facebook Sakae Sushi tentang status halal mereka dan jawapan standard pihak Sakae Sushi Malaysia adalah:

[quote]We do not not carry a halal certification at the moment. However, we are looking into it and hope to obtain this certification in the near future.
Rest assured, all our dishes are completely pork-free. In addition, all our meat and chicken suppliers are compliant with halal requirements. We also do not add mirin (a type of Japanese alcoholic condiment) into our sushi rice.[/quote]

 

Sakae Sushi Halal atau Tidak
Sakae Sushi Halal atau Tidak

Jadi seperti biasa, jika sesebuah premis itu tiada halal berautoriti, kami tetap dengan pendirian kami-apa yang masuk dan menjadi darah daging kami-akan dipastikan ianya halal toyyibah.

Tepuk dada tanya selera!

Terjemah hadith :
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh banyak manusia. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati ” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

 

Apa pula pandangan anda? Cuba kongsikan bersama kami

3 thoughts on “Sakae Sushi Halal atau Tidak?”

  1. Sakae Sushi sepatutnya mendapatkan certificate HALAL. Pihak JAKIM seharusnya memujuk dan guide mereka utk dapat Halal certification

    Reply

Leave a Comment