RSMY Best Cheese Naan Danau Kota. Cawangan Baru

Agar sukar nak mencari Roti Naan yang sedap di Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau ada pun kebiasannya di kedai-kedai mamak. Tapi kebanyakannya rasa biasa-biasa sahaja. Lagi pun masalah juga bagi mereka yang kurang gemar menjamu selera di kedai mamak.

Pernah dengar RSMY Best Cheese Naan in Town?

RSMY Best Cheese Naan diberi jolokan “The Best Cheese Naan in Town” kerana limpahan cheese yang sangat banyak. Kalau di tarik roti naan pasti akan nampak dengan jelas lelehan keju dan tarikan keju. Pernah mendapat liputan oleh Metro!

Halal atau tidak Restoran RSMY? Restoran ini dimiliki oleh Datin Nur Hidayah Mohammad. Menurut beliau rahsia cheese nan mereka adalah kerana menggunakan cheese mozarela. Sebelum ini mereka pernah menggunakan cheese jenama lain tetapi tidak mendapat sambutan sehangat sekarang.

Semasa saya sampai di Restoran RSMY Best Cheese Naan pukul 4.30 petang masih lengang, maklumlah hari bekerja dan masih belum habis waktu pejabat. Jadi jika nak elakkan kesesakan di restoran ini silalah datang di masa-masa begini.

Restoran RSMY Best Cheese Naan 1
The trademark! Best Cheese Naan!
Suasana RSMY Best Cheese Naan 1
Pukul 4.30 petang masih tidak ramai pelanggan!

Mula-mula seram juga nak masuk sebab nampak pekerjanya kebanyakkannya nampak macam mamak. Saya kurang pasti. Tapi bila nampak signboard ada perkataan Allah dan Muhammad serta Bismillah, baru ada keyakinan nak makan.

Tapi jangan risau, ada pekerja Melayu disini. Cuma tak ramai sahaja.

Memandangkan ramai yang memuji Cheese Naan disini, saya pun mencuba Cheese Naan sahaja kali ini.  Jangan risau, banyak lagi makanan yang boleh dipesan di sini seperti tandoori, kebab malahan masakan panas-panas seperti bihun dan laksa juga ada.

Harga Makanan di RSMY Best Cheese Naan 1
Menu RSMY Best Cheese Naan
Harga Makanan 2 di RSMY Best Cheese Naan 1
Menu RSMY Best Cheese Naan
Cheese Naan Sedap di Kuala Lumpur RSMY Best Cheese Naan 1
Inilah rupanya RSMY Best Cheese Naan

Cheese Naan Best In Town!

Roti naan mereka memang lembut. Cheese yang diletak memang banyak dan tidak mengecewakan! Penggemar cheese memang wajib mencuba Cheese Naan disini.

Pilihan kuah yang ada untuk dimakan bersama cheese naan di sini adalah kuah kari dan kuah dal.

Best Cheese Naan RSMY Best Cheese Naan 1
Harga Roti Cheese Naan adalah RM6.00. Kenyang makan seorang.
Kuah Dalca di RSMY Best Cheese Naan 1
Kuah Dal!

Memang kami syorkan anda cuba sendiri Cheese Naan di sini.

Restoran RSMY mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Maju Junction (Danau Kota),  Jalan Medan Tuanku dan juga Off Jalan Masjid India.

Bagi anda yang nak terjah ke Restoran RSMY Best Cheese Naan boleh rujuk alamat di bawah:

[infobox]

RSMY Best Cheese Naan, Maju Junction
D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
03-4144 3775

Waktu Operasi :
Hari bekerja – 11:00 am – 12:00 am *
Jumaat – 11:00 am – 1:00 am *
Sabtu – 4:00 pm – 1:00 am **
Ahad & Cuti Umum – 4:00 pm – 12:00 am **
*Naan start 12pm
**Naan start 5pm

Koordinat : 3.201809, 101.717567

Alamat Cawangan lain

RSMY House of Real Beriani
No. 11 & 13,  Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur
03-2697 0700

Restoran Selera MY
No. 16, Lorong Bonus 6, Off Jalan Masjid India, 51000 Kuala Lumpur.
03-2692 9700

Facebook : https://www.facebook.com/rsmy.seleramy/

Instagram : rsmy_

[/infobox]

[flexiblemap address=”D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur” title=”RSMY Best Cheese Naan”]

Leave a Comment