Roti Canai Sedap “Lan Roti Canai”, Pantai Dalam

Sebut sahaja Lan Roti Canai, rata-rata yang tinggal di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam pastinya tahu. Memang terkenal. Jadi warga KL jika bangun awal dan teringin makan roti canai boleh singgah bersarapan di sini .

Sebenarnya sudah berkali-kali rakan serumah bercerita tentang Lan Roti Canai. Katanya ini kedai roti canai Melayu yang ramai orang beratur waktu pagi. Sangat susah nak cari kedai roti canai melayu sekarang. Rata-ratanya mamak.

Saya sempat bersembang dengan salah seorang penebar roti di Lan Roti Canai. Menurut beliau,  Lan Roti Canai sudah 32 tahun berniaga di kawasan perumahan Taman Bukit Angkasa dan masih lagi popular sehingga sekarang.

Saya singgah di Lan Roti Canai jam 9.30 pagi.  Masih ramai yang sedang menikmati sarapan mereka. Mereka yang berpakaian pejabat pun turut memenuhi ruang makan. Singgah sebelum meeting ye?

Roti Canai Popular Kuala Lumpur di Lan Roti Canai-8

Di sini roti canai kosong memang di buat berterusan. Tinggal nak ambil letak dalam pinggan je. Termasuk kuah kacang dal. Tapi ada kala bila dah ramai orang memang kena beratur dan menunggu.

Roti Canai Popular Kuala Lumpur di Lan Roti Canai-6

Roti Canai Popular Kuala Lumpur di Lan Roti Canai-4

Tapi jika order selain daripada roti canai kosong, boleh tunggu sahaja pekerja mereka hantarkan ke meja. Jadi saya order roti canai telur dan bawang favourite saya.

Roti Canai Popular Kuala Lumpur di Lan Roti Canai-3
Roti Canai Telur dan Bawang bersama kuah kacang dal
Roti Canai Popular Kuala Lumpur di Lan Roti Canai-1
Kuah kacang dal bersama seketul daging dan ubi kentang
Roti Canai Popular Kuala Lumpur di Lan Roti Canai-5
Roti canai sardin.. Tebal boleh tahan..

Sedap ke “Lan Roti Canai”?

Bagi saya roti canai di sini memang lembut. Memang logik mengapa ramai yang bersarapan di sini dan sanggup pula beratur panjang.

Mereka yang menjadi pelanggan tetap di sini pastinya kembali kerana kuah kacang dal mereka yang memang cukup rasa, cukup pekat dan sedap! Susah nak jumpa orang Melayu yang pandai buat kuah dal.

Cuma, kawasan ini merupakan kawasan perumahan flat. Jadi agak sukar juga nak dapat parking. Melainkan anda tinggal dan bekerja di kawasan berdekatan seperti di Bangsar South dan Nexus.

Bagi anda yang sudah bosan makan roti canai mamak atau mencari roti canai Melayu boleh datang ke Lan Roti Canai seperti alamat  di bawah:

[box_info]

Lan Roti Canai

Jalan 4/112, Off Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur

Waktu operasi : Sarapan sehingga 12.00 tengah hari.

Kordinat : 3.110016, 101.668494

[/box_info]

1 thought on “Roti Canai Sedap “Lan Roti Canai”, Pantai Dalam”

Leave a Comment