Restoran Zul Ikan Bakar. Ikan Bakar sedap dengan harga terbaik di Besut, Terengganu

Restoran Zul Ikan Bakar. Ikan Bakar sedap dengan harga terbaik di Besut, Terengganu

Besut, Terengganu memang terkenal sebagai destinasi menarik dengan keindahan pantai, pulau dan tempat makan sedap. Sebagai contoh, Pantai Bukit Keluang, Besut terkenal dengan pemandangan indah dari atas Bukit Keluang dan Pulau Perhentian, Besut terkenal dengan taman-taman laut yang menempatkan pelbagai hidupan marin unik. Berkunjung ke Besut, Terengganu, jangan lupa singgah di Restoran Zul Ikan Bakar untuk menikmati menu ikan bakar segar, sotong celup tepung rangup, ikan goreng tepung panas-panas, sotong ikan berempah dan macam-macam lagi.

Restoran Zul Ikan Bakar terletak tidak jauh daripada jeti ke Pulau Perhentian. Sentiasa menjadi tumpuan pengunjung, tidak kira penduduk tempatan mahupun daripada luar. Lokasi strategik dengan parkir kereta yang banyak. Tidak hairanlah, setiap malam minggu atau cuti awam, Restoran Zul Ikan Bakar ini akan ‘full house’.

Restoran Zul Ikan Bakar

MENU BAKAR BEREMPAH.

Menu utama di sini adalah ikan bakar berempah. Pengunjug boleh memilih sendiri jenis-jenis ikan segar sebelum ditimbang, disiang dan dibakar dengan campuran rempah resipi rahsia pemilik restoran.

harga ikan bakar zul

Harga ikan bakar di Zul Ikan Bakar, Besut.

Antara jenis ikan yang ada di sini ialah kerapu, siakap, ikan cermin, aji-aji, ikan merah, ikan tanda dan banyak lagi. Selain itu, sotong, udang atau ketam juga disediakan untuk menu yang sama iaitu bakar berempah.

Restoran Zul Ikan Bakar

Pengunjung juga boleh memesan sotong celup tepung, ikan celup tepung atau udang celup tepung yang dijual dengan harga hanya RM10 sepinggan. Tepung yang digunakan adalah adunan rahsia, sangat rangup dan sedap.

sotong celup tepung

Udang Celup Tepung & Sotong Celup Tepung.

sotong bakar

Sotong Bakar Berempah.

kerapu bakar

Kerapu Bakar Berempah.

Menu di Zul Ikan Bakar tidak seperti restoran ikan bakar lain yang mempunyai pelbagai jenis masakan seperti masak 3 rasa, masam manis, pedas dsb. Di sini, semua ikan atau makanan laut akan diperap dengan rempah rahsia dan dibakar. Ikan bakar ini akan dihidang bersama nasi putih, kicap, limau dan cili. Ringkas tetapi penangan rempah yang digunakan akan membuatkan pengunjung teringat-ingat kesedapan ikan bakar berempah di sini.

Pasti akan datang lagi.

Alamat Restoran Zul Ikan Bakar, Besut, Terengganu.

Kampung Seberang Kastam, Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Waktu Operasi : 8 malam ~ 2 pagi.

(Direction: Dari Bandar Jertih, menghala ke Kuala Besut. Lebih Kurang 15km. Sebelum sampai di Jambatan Kuala Besut, exit belah kiri, dah boleh nampak papan tanda utama Zul Ikan Bakar!)

1 thought on “Restoran Zul Ikan Bakar. Ikan Bakar sedap dengan harga terbaik di Besut, Terengganu”

Leave a Comment