Restoran Western Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam

Seksyen 13 Shah Alam sememangnya ‘syurga’ makanan kerana terlalu banyak pilihan restoran yang sedap-sedap belaka. Di sini juga banyak western food restaurant yang insya Allah halal (peniaga Muslim). Penggemar masakan barat terutamanya lamb chop / lamb grill steak yang tegar boleh menikmati masakan itu sepuas-puasnya jika berkunjung ke Dwap Barbarian Vape & Grill di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam.

Pemiliknya, En. Mohd Yaser berkata, ramai menggemari menu berasaskan kambing di sini kerana tekstur dagingnya yang empuk selain diolah begitu istimewa.

[quote]”Sebenarnya, Dwap Barbarian mengetengahkan konsep ‘barbarian’ atau ‘viking’ yang bermaksud makanan di sini boleh dinikmati dalam saiz yang besar!” [/quote]

Dwap Barbarian Vape & Grill menyajikan beberapa jenis pilihan makanan iaitu Barbarian Sandwich yang menggunakan roti tortila yang datang dalam 3 saiz iaitu single, double dan triple. Jika rasa saiz hidangan ini tidak memadai, anda mempunyai pilihan lain iaitu Viking Sandwich (lebih besar patty, EKSTRA gravy, salad, dressing, sos dan cheese!)

En Mohd Yaser sebelum ini bermula di Bazaar Ramadhan Seksyen 14 menjual Barbarian Sandwich bersama rakan tampil dengan pelbagai penambahbaikan dalam menu serta masakan di restoran yang baru 10 bulan beroperasi di Laman Seri Business Park ini.

 

Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam
Restoran berkonsep santai

Menurut beliau, idea asal Barbarian Sandwich adalah dari rancangan kegemaran beliau iaitu Man vs FoodBeberapa percubaan telah dilakukan daripada hanya menjual patty sahaja sehingga menjadi set lengkap Barbarian Sandwich.

Dibuka jam 12 tengahari dan ditutup pada 12 malam,  kebanyakan pelanggan adalah pekerja pejabat yang datang dari kawasan persekitaran. Namun, katanya, keluarga pula ramai berkunjung bersama anak pada hari Sabtu. Suasana dan keadaan dalam restoran ini yang santai sesuai dikunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan.

Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam 12
Menu yang disajikan di Dwao Barbarian Vape & Grill

Sebagai pembuka selera ataupun starter kami dihidangkan dengan Nachos bersama cheese dan sos tomato.

Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam 9
Nacho Snack sementara menunggu menu utama sampai..
Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam 7
Vicking Chicken Sandwich bersama Nacho
Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam
Grill Lamb. Daging yang empuk!
Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam 16
Lamb Sandwich. Lembut dan sedap!
Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam
Dari kiri Barbarian Grub (Lemon Ais + Soda), Long shot – lemon, Shelly Temple (Delima + Soda) dan Root Bir Float,
Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam 8
Root Bir Float

Harga Makanan di Dwap Barbarian Vape & Grill.

  • Nachos – RM6
  • Chicken Viking – RM28
  • Grill Lamb – RM35
  • Lamb Sandwich – RM13.90
  • Dessert (Nacho Libre) – RM9
  • Root Bir Float – RM3.50

Apa yang istimewa dan sedapnya makanan di Dwap Barbarian Vape & Grill?

Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam

Jika kebanyakan restoran western akan menghidangkan grill lamb yang liat tetapi tidak di sini. Kami agak terkejut kerana daging kambingnya sangat lembut dan empuk. Memang sesuai untuk bawa mak ayah ke restoran ini. Chef yang menyediakan hidangan ini pastinya bukan calang-calang orang. Menurut En Mohd Yaser daging kambing yang dipilih mestilah yang bermutu tinggi dan teknik memasak yang betul diperlukan bagi menghasilkan grill lamb yang terbaik.

Dengan harga RM35, hidangan ini memang berbaloi dan tiada sesalan untuk dicuba.

Apa yang lebih membuatkan grill lamb ini bertambah istimewa adalah mashed potato serta gravy yang dihidang bersama memang sedap dan enak sekali! Sila jangan segan silu untuk meratah daging kambing tersebut menggunakan tangan anda…….

Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam 4

Viking Chicken Sandwichnya juga tidak mengecewakan. Daging yang empuk serta keenakannya memang tidak dapat dinafikan. Lelehan black pepper serta jalapeno cheese melengkapkan hidangan ini. Sila datang ke sini jika anda betul-betul lapar, pasti anda tidak akan kecewa!

Western Terbaik di Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam
Nacho Libre. Dessert unik & istimewa

JANGAN LUPA untuk memesan dessert jika berkunjung ke Dwap Barbarian. Anda PASTI akan kecewa jika anda TERLUPA untuk memesan pencuci mulut ini. Pernahkah anda makan dessert yang ada rasa manis, rangup, masin dalam satu rasa? Jika belum pastikan anda TIDAK LUPA untuk memesan Nacho Libre.

Kami mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Yaser  kerana telah menyediakan hidangan yang lazat kepada kami.

Pastinya kami akan kembali ke sini untuk menu yang seterusnya……….Beef Ribs!

 

[infobox]
Dwap @Barbarian Vipe & Grill
Blok 6, Lot G45, Laman Seri Business Park
Persiaran Sukan, Seksyen 13
40100 Shah Alam Selangor

Waktu operasi :
Isnin – Sabtu, 12pm – midnight

No Tel : +603-5887 2644 /  017-6236296

Kemudahan WiFi : Ada
Cara Bayaran : Tunai

Facebook : https://www.facebook.com/dwapbarbarian
Instagram : @dwapbarbariansocial

Kordinate : 3.092080, 101.544575

[/infobox]

 

4 thoughts on “Restoran Western Dwap Barbarian Vape & Grill Shah Alam”

Leave a Comment