Restoran Tupai Tupai, Kuala Lumpur. Steamboat Halal Yang Sedap!

Restoran Tupai Tupai

Ini adalah kali kedua kami ke Restoran Tupai Tupai di Bukit Petaling. Kali pertama dulu adalah pada 10 tahun yang lepas!! Menunya sudah pasti banyak yang dah berubah. Tempoh 10 tahun cukup lama untuk mereka menginovasi menu lama kepada menu baru yang lebih lazat dengan citarasa yang lebih moden.

Restoran ini terletak berhampiran dengan Jalan Dewan Bahasa. Dengan adanya kemudahan tempat letak kereta yang banyak dan percuma, ianya memudahkan kami dan pelanggan lain untuk meletakkan kenderaan kami di sini tanpa perlu rasa risau dan pening kepala memikirkan keselamatan kereta masing-masing.

[quote]Terdapat juga 2-3 buah pondok kecil untuk pelanggan makan bersila sambil merasai pemandangan dan suasana makan ala-ala di kampung[/quote].

Suasana di sini agak mendamaikan. Kami tiba pada sekitar jam 3.30 pm dan pelanggan tidaklah beberapa ramai pada ketika itu. Tempat duduknya boleh menampung sehingga 300 orang pelanggan pada satu-satu masa. Di pintu masuk restoran ini terdapat satu tarikan yang begitu unik sekali. Kami disambut oleh sesangkar ayam, seekor Chameleon dan juga beberapa ekor anak tupai yang merupakan maskot di sini. Kanak-kanak pasti terpegun seketika dan ngalit melayan haiwan-haiwan ini.

restoran tupai-tupai
restoran tupai-tupai

Di Restoran Tupai Tupai ini menyediakan hidangan ala-ala masakan Melayu. Selain itu, turut disediakan menu masakan Cina dan Barat dan telah mendapat sijil Halal dari JAKIM.

Waktu malam pula bermula jam 6.00 pm, pelanggan berpeluang untuk menikmati makanan secara steamboat ala-ala “all-you-can-eat” dengan harga RM28.00 sekepala untuk seorang dewasa dan RM15.00 untuk seorang kanak-kanak. Seperti biasa, tak lengkap jika saya tidak mencuba hidangan istimewa di sini untuk menikmati sendiri kelazatan makanan mereka.

restoran tupai-tupai air kelapa

Kali ini kami ingin nilai kembali keenakan hidangan yang kami nikmati 10 tahun yang dulu. Kami memilih menu yang sama seperti Udang Air Kelapa yang merupakan ‘chef recommended‘ menu, Prawn Foo Yong Egg (Telur Dadar Udang) dan Lemon Chicken beserta nasi putih.

Tak lengkap pula kalau tak makan masakan kampung berulamkan air kelapa segar. Kami juga memilih Air Durian Belanda sebagai minuman lain.

Apa yang membezakan hidangan kali ini dengan 10 tahun yang lepas ialah kualiti rasanya yang agak kurang sedikit berbanding yang dahulu. Resepi Udang Air Kelapa Tupai Tupai yang menjadi kebanggaan restoran ini tidak lagi dihidangkan di dalam kulit kelapa muda (isi kelapa ketika itu tidak dibuang) seperti dahulu. Rasanya lauk yang lain pun biasa-biasa sahaja, sangat tidak sepadan dengan harganya.

restoran tupai-tupai lemon chicken
restoran tupai-tupai lemon chicken

restoran tupai-tupai foo yong egg

restoran tupai-tupai udang air kelapa
restoran tupai-tupai udang air kelapa

Harga

Harga makanan di sini boleh dikatakan ‘ok-ok’ je dengan menu yang kami cuba. Jumlah harga yang kami makan pada hari ni ialah RM77.10 untuk 3 hidangan lauk, 3 pinggan nasi putih, air kelapa (sebiji) dan segelas air Durian Belanda.

Secara peribadi, dengan harga yang agak mahal ini, tidak sepadan dengan rasa dan kualiti layanan yang kami terima yang bagaikan acuh tak acuh oleh pelayan restoran ini. Kami memilih untuk tidak akan datang lagi ke sini melainkan jika diberi peluang untuk mencuba masakan di cawangan mereka di tempat lain seperti di Shah Alam.

Manalah tahu jika rasa masakan mereka di cawangan lain berbeza sedikit dari restoran induk ini. Walaubagaimanapun bagi mereka yang ingin meraikan ‘family event’ di sini, memang agak sesuai terutamanya untuk menikmati steamboat yang bermula pada jam 6.00 pm setiap hari.

Apa yang saya perhatikan, Restoran Tupai Tupai ini sentiasa dikunjungi pelanggan. Mungkin mereka ini merupakan pelanggan tetap di sini yang tidak begitu kisah dengan layanan dari pelayan atau kualiti makanan yang disediakan kerana mereka telah terbiasa sejak dulu lagi.

[infobox]

Tupai-Tupai Restaurant & Cafe
551A Jalan Bukit Petaling,
50460 Kuala Lumpur

Telefon: +603 2143 2525

Facebook Tupai-Tupai

Koordinat : 3.131924, 101.703165

[/infobox]

[flexiblemap address=”Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur” title=”Restoran Tupai-tupai”]

 

1 thought on “Restoran Tupai Tupai, Kuala Lumpur. Steamboat Halal Yang Sedap!”

  1. Assalammmualaikum,

    Saya fairuz peminat steamboat, nak buat cadangkan utk menambah menu dimsum.

    Saya boleh tolong supply dimsum halal jika berminat.

    Reply

Leave a Comment