Restoran Top Seafood, Bandar Pinggiran Subang

Keinginan untuk menikmati hidangan ikan stim yang sedap dan tidak hanyir membuatkan kami mencari-cari destinasi yang menepati citarasa kami dengan anggaran harga yang berpatutan.

Promosi dari mulut ke mulut sangat berkesan, sementelah rakan sejawat telah mengesyorkan kami mencuba hidangan ikan stim limau dan tomyam seafood di Restoran tersebut.

Kami memesan hidangan Ikan Stim Limau dan Tomyam Udang Galah yang jarang-jarang ada kerana mengikut musim. Selain itu, hidangan tambahan seperti sayur adalah untuk diet seimbang kami. Tidak lupa, melengkapkan hidangan tersebut pastilah sambal belacan dan timun. Minuman jus oren dan kopi panas tidak menghampakan.

Servis bagus, waiter pun baik… Walaupun menunggu agak lama memandangkan hujan di luar, kerusi meja tak boleh nak duduk, dalam restoran penuh orang! Kami berpuas hati dengan hidangan yang terhidang di depan mata.. Memang sedap&pada yang tak tahan pedas macam kami, alamat makan bersulam airlah.. Untuk masa akan datang, kami akan minta kurangkan pedas.

Jom layan gambar…

top seafood

Tomyam Udang Galah RM7

tomyam udang galah top seafood

Siakap Stim Limau RM25

Siakap Stim Limau top seafood

Kangkong Goreng Belacan RM5

Kangkong Goreng Belacan top seafood
Ini kali kelima kami datang ke Restoran Top Seafood dengan membawa family besar, maka banyak pilihan makanan yang di order. Walaupun sudah kali kelima, rasa dan aromanya tetap sama lagi sedap. Jom layan gambar lagi di bawah ini..

top seafood

Tomyam merah sedap di Restoran Top Seafood tetapi sangat pedas, maka kami order tomyam putih untuk anak-anak dan rasanya juga tidak mengecewakan.

tomyam top seafood

Ikan Stim limau

ikan stim limau top seafood

Sayur Toufu

sayur toufu top seafood

Sotong Goreng Tepung

sotong goreng tepung top seafood

 

Resit pembayaran, RM 95.00
[box_info]
Restoran Top Seafood terletak di Jalan Subang Suria S U5/S,
Bandar Pinggiran Subang.
Waktu Operasi : 5.30 petang sehingga 2.30 pagi

[/box_info]


View Larger Map

Leave a Comment