Restoran TIJAARAH Shah Alam – Mulakan dengan Bismillah.

Restoran TIJAARAH – Mulakan dengan Bismillah.

Kami suka dengan tagline oleh Restoran Tijaarah, “Mulakan Dengan Bismillah”, salah satu restoran yang menyediakan makanan Barat halal di Shah Alam. Menu makanan Barat yang pelbagai daripada Appetizers hinggalah menu pencuci mulut dan sentiasa dipenuhi ramai terutama pada malam minggu.

img_3558

Appetizers untuk pilihan sebelum menu utama sampai. Menariknya, setiap menu di Restoran Tijaarah ini disertakan gambar makanan, jadi pelanggan tidaklah perlu membayangkan rupa bentuk menu yang disediakan.

Menu Sedap & Halal di Tijaarah Seksyen 7 Shah Alam.

q

Kami memilih Fried Onion Ring sebagai snek untuk dikunyah sambil berborak. Didatangkan di dalam bakul, masih panas panas, sangat membuka selera untuk menikmati hidangan utama yang telah dipesan.

Semasa kami di sini, pelanggan masih tidak ramai. Jadi, menu utama yang dipesan sampai ke meja dalam masa kurang setengah jam. InsyaAllah, servis mereka juga cemerlang semasa kunjungan pelanggan yang ramai.

img_3570

Menu Grilled Ribeye bersama kentang, jagung rebus dan sayuran campur. Kami puji dengan penyediaan kentang seperti ini(natural) dan tidak menggunakan bahan ‘artificial‘ . Daging yang lembut dan dimasak penuh dan dilimpahi pula dengan sos campuran Blackpepper, sangat memuaskan hati.

img_3575

Menu seterusnya ialah Fried Chicken Chop bersama jagung rebus, coleslaw dan kentang goreng. Saiz chicken chop di sini juga lebih besar. Sos BBQ didatangkan berasingan supaya kerangupan gorengan tepung lebih kekal lama. Jadi, terpulang ke pelangganu untuk memotong chicken chop sedikit demi sedikit & dicelup ke dalam sos BBQ atau pun dituang sahaja ke atas chicken chop itu. InsyaAllah, dua-dua pun sedap. 🙂

Pendapat kami, menu-menu yang disediakan di TIJAARAH Seksyen 7 sangat sedap dengan harga yang sangat berpatutan untuk pilihan makanan Barat. Sekiranya anda berkunjung ke sini dan tidak pasti untuk memesan menu yang sedap, bolehlah mencuba menu ‘Chef ‘s Recommendation’ (ada sticker di buku menu).

Note: Untuk student (UiTM kan sebelah ajer), jangan lupa bawa Kad Matrik untuk mendapatkan lebih penjimatan!

Restoran Tijaarah

Leave a Comment