Restoran Tempayan Sungai Buloh. Makanan Tengahari Ala Kampung Ada Di Sini

Tercari-cari restoran yang menyajikan menu lauk kampung yang pelbagai dan sedap? Mungkin restoran ini bakal memenuhi selera kampung anda.

Restoran Tempayan, yang terletak di Sungai Buloh, Selangor telah dibuka sejak tahun 2013. Kini sudah 3 tahun restoran ini beroperasi.

Restoran Tempayan ini sering menjadi pilihan untuk makan tengah hari kerana ia terhidang lauk kampung. Restoran ini turut menjadi lokasi utama untuk beberapa slot drama TV3 malah pengasas D’Herbs Dato Aliff Syukri sering singgah ke restoran ini kerana lokasinya berdekatan.

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 010

Selain itu, kalau dilihat dalam restoran ini, susun atur dan hiasan dalaman sangat menarik, selesa dan kemas. Ukiran kayu menjadi tema utama untuk Restoran Tempayan selain dari hiasan tempayan kecil dan besar. Boleh dikatakan memang selesa untuk bersantapan bersama keluarga atau kenalan.

Kemudahan seperti das, surau, dan “playground” untuk kanak-kanak turut disediakan. Bagi anda yang ingin makan dalam berrhawa dingin, mereka sediakan khas untuk anda!

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Makan Tengah Hari di Restoran Tempayan!

Restoran Tempayan menjadi tumpuan apabila tiba waktu makan tengah hari. Menjadi pilihan pekerja di kawasan terdekat dan juga suri rumah. Kalau anda suka makan makanan kampung, menu ni wajib anda cuba :

  1. Asam pedas kepala ikan
  2. Ayam masak merah
  3. Daging black pepper
  4. Peria goreng
  5. Nangka masak lemak cili api
  6. Lala
  7. Ulam

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Asam pedas kepala ikan! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003
Asam pedas kepala ikan!
Ayam masak merah! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003
Ayam masak merah!
Daging Black Paper! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003
Daging Black Paper!
Ini faveret! Peria goreng! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003
Ini faveret! Peria goreng!
Nangka masak lemak cili api! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003
Nangka masak lemak cili api!
Ini lauk wajib ambil! Lala! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 001
Ini lauk wajib ambil! Lala!

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003 Restoran Tempayan Sungai Buloh - 002

Dah namapun masakan kampung, tak lengkap rasanya kalau tak ambil ni!

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003
Ulam-ulaman dan sambal belacan!

Secara keseluruhan kesemua makanan yang disajikan sedap dan menyelerakan. Puas hati dan harga pun berpatutan. Lebih dari 10 lauk disediakan untuk makan tengah hari. Tak rugi kalau datang ke restoran ini.

Jika anda nak kunjungi Restoran Tempayan, boleh ke alamat berikut :

[infobox]

Restoran Tempayan, Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh, Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi : Isnin- Ahad (7am-12am)

No. tel: 03 6151 2221
No. faks : 03 6151 2221

Facebook : Restoran Tempayan

[/infobox]

Leave a Comment