IpohMakan Tengahari

Mengidam Masakan Padang & Nusantara ? Cuba Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Restoran Simpang Tiga, Ipoh menawarkan citarasa khas padang, Moden, Seafood, Western & Nusantara. Dengan jaminan kebersihan, kualiti dan keselesaan, buat pertama kalinya, kami menjamu selera makan tengah hari di sini. Restoran ini antara tempat makan sedap di Ipoh yang menjadi ‘recommended’ apabila berada di bandaraya ini.

Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Kami datang pada hujung minggu. Jadi, tempat letak kenderaan tidak menjadi masalah walaupun ramai pelanggan. Pelanggan boleh memilih ruang makan di dalam (penghawa dingin) dan juga ruang luar. Terdapat beberapa stesen makanan seperti ikan bakar, lauk-pauk & ikan bakar. Semasa pesanan, akan ada seorang krew yang membantu pelanggan untuk mengambil pesanan. Jadi, kalau anda tidak biasa dengan lauk-pauk terutama masakan Padang, bolehlah bertanyakan kepada mereka.

masakan padang Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Selain menu lauk-pauk di stesen, pelanggan juga boleh memesan menu ala-carte (menu Thai, Cina & tempatan) atau set. Semua ini boleh dirujuk di buku menu #foodworks ini.

Jom lihat apa menu yang berjaya menarik perhatian kami (5 orang) untuk menjamu selera di Restoran Simpang Tiga, Ipoh ini!

ayam-penyek

Menu Ayam Penyet. Menu daripada Indonesia yang sangat popular di Malaysia. Ayam goreng garing yang diketuk-ketuk (penyet), bersama sedikit tomato, ulam raja, tempe goreng & tauhu goreng. Keunikan ayam penyet di sini adalah pada sambalnya dengan rasa unik iaitu pedas-pedas tetapi manis.

ikan-bakar

Pesanan utama untuk kali ini. Ikan Jenahak Bakar (RM35 seekor-harga mengikut harga pasaran)..ikan jenahak yang dibakar bersama rempah. Tetapi ada sedikit kekurangan rasa bagi kami pada rempahnya. Mujur ada kicap Indonesia bersama cili potong. Ikan bakar panas-panas, dicicah bersambal sambal kicap. Satu kombinasi yang sangat menarik. Tips untuk memilih ikan bakar, boleh tanya dahulu harga yang bersesuai sebelum membuat keputusan untuk pesanan.

telur-itik

Menu masak lemak telur itik ini merupakan kegemaran ibu penulis. Beza telur itik & telur ayam adalah pada struktur telurnya selepas dimasak. Struktur telur itik ini lebih kekal & tidak hancur, jadi rasa asli telur itik lebih ada rasa. RM3.00 sebiji untuk menu ini sangat berbaloi untuk menu yang sukar dijumpai di tempat lain.

sambal-hijau

Menjamu selera di Restoran Simpang Tiga tidak lengkap sekiranya tidak mencuba sambal hijau ini. Terdapat beberapa pilihan sambal di sini tetapi kami hanya memilih sambal hijau dan sambal merah ini. Pedas? Ya, sangat pedas tetapi ada rasa manis yang boleh memberi lebih nikmat.

kikil

Ini kali pertama kami mencuba menu masak lemak kikil. Ada yang bertanya, apa itu masak lemak kikil? Kikil adalah bahasa Indonesia yang bermaksud isi di bahagian kaki lembu. Bahagian yang lembut dan sedikit kenyal. Menu yang sangat unik dan susah ditemui di restoran lain.

pecal

Menu yang boleh dijadikan menu sampingan atau ulam-ulaman. Kami akui, kuah kacang tu sangat sedap dan masih ada rasa asl Indonesia. Sepinggan ini cukup untuk hidangan 5 orang.

Nasi putih pula boleh dipesan untuk sepinggan seorang atau pun diletakkan di dalam bekas nasi untuk 5 orang. Yang pasti, dengan lauk-pauk sebegini, sepinggan nasi memang tidak akan mencukupi. Sila minta nasi lebih!

dessert Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Pelbagai juadah pencuci mulut turut disediakan di sini. Selain bubur, muffin, struddle custard & apple boleh menjadi pilihan pelanggan sebagai penutup hidangan di sini.

Untuk lima orang makan lauk-pauk seperti di atas, harga yang dikenakan kepada kami adalah RM103.00 termasuk minuman. Dengan kualiti makanan dan harga yang dikenakan bagi kami ianya sangat berbaloi. Restoran Simpang Tiga, Ipoh ini akan terus ada dalam senarai restoran makan sedap di Ipoh untuk kunjungan akan datang.

Alamat Restoran Simpang Tiga, Ipoh: 

D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia

Tel: +60 5-255 1220

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • restoran simpang tiga ipoh
  • restoran simpang tiga ipoh perak malaysia
  • restoran simpang tiga ipoh harga
  • restoran simpang tiga ipoh menu
  • makan malam best di ipoh
  • Restoran Simpang Tiga 30450 Ipoh Perak Malaysia
  • Restoran Simpang Tiga 30450 Ipoh Perak
  • restoran padang ipoh
  • no telefon restoran simpang tiga ipoh
  • sate padang di ipoh
Previous post

Siapa Cakap Tiada Satay Celop Halal di Melaka?? Satay Celop Warisan di Restoran Celop Celop

Next post

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh. Bukan Hanya Sekadar Nasi Lemak!

Jamar

Jamar

TRAVELOG KEHIDUPAN - LIFESTYLE BLOGGER

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *