Kelana JayaWestern Food

Menu Menarik di Restoran Serai@Paradigm Mall. Jangan Lupa Cuba Nasi Kerabu Ayam Percik!

Sebut sahaja ‘SERAI’, ramai yang kenal dan tahu kegunaan&kelebihan bahan ini dalam mengharumkan masakan terutamanya masakan tradisi Malaysia. Daripada idea ini, pemilik restoran mendapat ilham untuk menamakan Restoran Serai@Paradigm Mall, bersempena dengan nama bahan yang selalu digunakan dalam aktiviti memasak beliau.

Restoran Serai dikenali ramai dengan menu-menu tradisi Malaysia yang unik dan juga menu masakan Barat dari menu pembuka selera hingga ke pencuci mulut. Harga yang ditawarkan di sini amat berbaloi dengan kualiti  hebat dan rasa masakan hasil air tangan chef-chef yang terlatih.

Kami berpeluang mencuba menu-menu sedap yang ditawarkan di Restoran Serai@Paradigm Mall Kelana Jaya. Untuk makluman, Restoran Serai juga terdapat di Jaya Shopping Centre, Pavilion, Empire Shopping Gallery dan Shaftsbury Cyberjaya.

Jom lihat apa menu menarik yang sudah kami cuba di Serai@Paradigm Mall Kelana Jaya.

Restoran Serai@Paradigm Mall

Nasi Kerabu.

Nasi Kerabu, menu Kelantan yang menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja penduduk asal Kelantan. Disajikan bersama Ayam Percik, Telur Asin, Solok Lada, Keropok Ikan dan Ulam-ulaman (campuran daun kesum, tauge, kacang panjang, timun 7 daun kadok) bersama sos bilis (budu). Nasi berwarna biru hasil daripada campuran bunga telang menyerlahkan lagi rasa asli menu ini. Hanya RM23.00 untuk satu set. Dengan portion yang banyak dan rasa ‘aunthentic’ negeri Kelate, kami sangat puas hati untuk set ini. Serius!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Vegetable Char Keow Teow

Kepada ‘vegetarian’, kami cadangkan anda mencuba Vegetable Char Keow Teow. Menu yang mewah dengan sayur-sayura tegar ini sangat sedap dimakan bersama cili potong. Harga untuk set ini hanya RM17.00 sahaja.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Spaghetti Seafood Marinara

Bagi peminat Pasta & makanan laut, kami rekemen menu Spaghetti Seafood Marinara untuk anda mencuba. Udang harimau, sotong besar, kepingan salmon dan blue mussels pasti buat anda tidak tidur malam teringatkan menu ini. Hanya RM29.00 untuk menu yang mempunyai rasa hebat.

restoran serai@paradign mall

Spaghetti Mussels

Selain menu di atas, peminat pasta juga mempunyai pilihan untuk dicuba. Spaghetti Mussels ini berharga RM28.00/set – dimasak menggunakan Italian tomato bersama bawang putih, basil, kepah segar dan Virgin Olive Oil.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Spaghetti Prawn Aglio Olio.

Lebih gemar pasta yang rasa lebih pedas dan tidak terlalu ‘mild‘? Bolehlah mencuba menu Spaghetti Prawn Aglio Olio. Ada rasa yang lebih pedas ‘chili flakes‘, masam-masam tomato segar bersama Udang segar bersaiz besar.Harga untuk satu set ini hanyalah RM26.00.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Fresh Tomato Penne.

Untuk hidangan yang lebih ringan, Fresh Tomato Penne ini boleh menjadi pilihan anda. Penne dimasak bersama Virgin Olive Oil, tomato segar, basil dan bawang putih pasti membangkitkan selera. Hanya RM19.00 untuk satu set ini.

Serai@Paradigm Mall

Mee Goreng Mamak.

Masakan Mamak dan Rakyat Malaysia, ibarat irama dan lagu. Tidak lengkap menu-menu sedap di Restoran Serai tanpa menu masakan restoran mamak. Anda boleh mencuba kelainan Mee Goreng Mamak yang ditawarkan di Restoran Serai@Paradigm Mall dengan harga RM16.00 sepinggan.

Daripada menu-menu yang sudah kami cuba, rate 8/10 kami bagi untuk kualiti rasa, servis yang mesra pelanggan dan suasana dalam restoran yang selesa.

Restoran Serai @ Paradigm Mall sangat selesa dan sesuai dijadikan tempat ber’gathering’ bersama rakan sekerja atau keluarga. Kami pasti anda akan berpuas hati!

Alamat Restoran Serai@Paradigm Mall:

Level 1 Boulevard, Paradigm Mall, No. 1, Jalan SS7/26A, Petaling Jaya, 47301, Selangor.

Phone:

+60 3-7887 3707

Website Serai Group: 

http://www.seraigroup.com.my/serai/

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • makan makan di paradigm mall
  • restoran yang popular di paradigm kelana jaya
Previous post

BASON by Seri Keningau Shah Alam. Menu Sedap Dari Pagi Hingga Ke Malam!

Next post

Restoran HOMST TTDI. Masakan Chinese Muslim Sedap dan Patut Cuba!

Jamar

Jamar

TRAVELOG KEHIDUPAN - LIFESTYLE BLOGGER

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *