Restoran Red Wok Bangi Sajikan Steamboat & Masakan Cina

Red Wok Steamboat salah satu restoran steamboat yang popular di Bangi. Sering kali menjadi tumpuan keluarga untuk menjamu selera dengan tema “All You Can Eat Steamboat Buffet/Korean Style Sizzling Steamboat Buffet”. Ia dibuka sejak tahun 2010.

Memang senang nak kenal Red Wok Steamboat kerana restorannya berwarna merah.

Red Wok Steamboat Bangi001

 

Nama Red Wok pasti ada yang tertanya, “Halal ke?”. Red Wok adalah restoran halal yang bukan sahaja menyediakan steamboat tetapi turut mempunyai menu ala-cart Chinese food dan juga masakan Thai. Orang Bangi yang teringin makan masakan Chinese food, tak perlu susah-susah pergi jauh-jauh sampai Kuala Lumpur sebab kini sudah ada di Bangi.

Red Work Steamboat menjadi tumpuan kerana harganya murah!

Apa yang menarik di Red Wok Steamboat? Terdapat lebih kurang 100 jenis makanan untuk dipilih penggemar steamboat seperti ayam, daging, seafood, dan pelbagai jenis bebola serta sayur-sayuran.

Selain itu pelanggan juga dihidangkan dengan menu lain seperti nasi goreng, mee goreng, buah buahan, dumpling goreng, dan juga ais krim sebagai dessert.

Di Restoran Red Work Steamboat terdapat 3 jenis kuah iaitu ayam, tomyam dan herba.

Red Wok Steamboat Bangi
Makanan buffet seperti nasi goreng, mee goreng, daging masak kicap, ayam bakar dan lain lain.
Red Wok Steamboat Bangi
Pelbagai jenis seafood!
Red Wok Steamboat Bangi
Pilihan daging basah untuk penggemar steamboat!

Boleh dikatakan steamboat buffet disini lebih murah dengan harga hanya RM30++ untuk 1 orang. Sebab itu bermula pukul 8 malam, pelanggan dah mula ramai. Ada yang datang sekeluarga dan ada yang datang bersama rakan-rakan. Selain dari harga, mungkin pilihan menu yang pelbagai membuatkan Restoran Red Wok Bangi menjadi tumpuan

Red Wok Steamboat BangiBagi kami steamboat di Restoran Red Wok memang sesuai untuk keluarga kerana suasananya yang selesa. Dari segi makanan, 100 jenis bahan steamboat boleh buat anda makan sampai buncit.

Oh ya! Jangan lupa rasa sos pencicah special dari Red Wok, itu memang sedap!

Bagi penggemar steamboat yang ingin mencari steamboat murah di Selangor, lokasi Restoran Red Wok seperti alamat dibawah:

[infobox]
Restoran Red Wok Steamboat & Grill
Lot _T 70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel no : 03-8927 4100 / 019-339 4655 (Awang Hasyim)
Email : [email protected]

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat – Dinner 5:00 pm-2:00 am
Sabtu – Ahad – 12:  pm – 2:00 am

Facebook : Restoran Red Wok

[/infobox]

4 thoughts on “Restoran Red Wok Bangi Sajikan Steamboat & Masakan Cina”

  1. pernah makan sini tempat besar banyak pilihan nak duduk. cuma panas skit tempat dia even walaupun ada kipas. hehe. Kena tggu malam skit baru sejuk agaknya

    Reply
  2. I have a terible experienced in this restaurant.. I ve been too many steamboat corner before but this is the worst ever. Dont ever try it. the source, the meat, the bos,let alone the price. All were suck.

    Reply

Leave a Comment