Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh. Bukan Hanya Sekadar Nasi Lemak!

Melihat kepada nama restoran, pasti pelanggan sudah dapat meneka menu utama yang ditawarkan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di tengah bandaraya Ipoh. Tetapi, ramai yang masih tidak tahu, restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi lemak ayam kampung paling sedap di Ipoh, tetapi pelbagai lagi menu lain yang sedap&unik boleh didapati di sini.

Nak tahu apa menu unik & sedap yang boleh didapati di sini??

belut

Pelanggan akan disambut oleh belut hidup di dalam akuarium. Selain daripada ayam kampung, belut juga merupakan menu istimewa yang jarang didapati di restoran lain. Pelbagai masakan menggunakan belut segar sebagai bahan utama boleh didapati di sini.

Pasti anda dah boleh agak apa menu istimewa yang menjadi santapan kami pada malam itu. Semestinya Nasi Lemak Ayam Kampung!

Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh Serius Sedap!

img_1782

Ayam Goreng Kampung yang masih panas dihidangkan bersama nasi lemak panas, sambal, telur rebus, kacang & bilis goreng. Saiz ayam kampung goreng lebih besar daripada kuantiti nasi. Jangan risau, boleh minta tambah nasi untuk kepuasan maksimum. Menu wajib cuba apabila singgah di sini. Harga untuk sepinggan nasi lemak ayam kampung ialah RM8.50 per set.

1

Nampak tak apa benda yang bersusun rapi di depan kakak berbaju hitam itu? Betul , ayam kampung goreng yang baru sahaja digoreng. Satu keunikan nasi lemak di sini ialah sambalnya tidak terlalu pedas dan ada rasa manis yang tidak keterlaluan. Pendek kata, cukup rasa pada lidah orang kebiasaan.

img_1801

Menjamu selera di restoran ini, kami cadangkan untuk anda mencuba menu berasaskan BELUT (RM6.50/600gram). Ada beberapa jenis masakan menggunakan belut di sini seperti sup belut, belut goreng kunyit, belut goreng pedas dan sebagainya. Kali ini kami memilih belut goreng kunyit. Ini pengalaman pertama kali memakan belut goreng kunyit. Biasanya ayam goreng kunyit sahaja. Apa rasa belut goreng kunyit? Isi seakan-akan isi ayam&ikan, yang penting tidak terlalu hanyir. Cubalah.

img_1780

Kebanyakan menu di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung adalah masakan Thailand. Jadi tidak hairanlah anda akan menjumpai juadah pencuci mulut yang sukar ditemui di tempat lain. Pulut Mangga (RM8.00/set) pasti membuatkan nafsu makan anda ingin datang lagi ke sini.

Selain menu ini, pelbagai bubur manis boleh menjadi pilihan untuk hidangan pembuka selera mahupun pencuci mulut semasa menjamu selera di sini.

Alamat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh: 

43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak

Telefon : +60 5-254 4318

Buka: 3.30 petang – 2.30 pagi.