Restoran Nasi Arab Taj Hadramawt, Setapak

Siapa sini suka makan Arabic Cuisine? Contoh macam nasi arab, roti arab and kebab tu lah. Bagi yang tak pernah cuba nasi arab, saya cadangkan anda berkunjung ke Taj Hadramawt Restaurant, Taman Melati. Kedai ni terletak di dalam daerah Setapak dan bersebelahan dengan MRR2.

Ketika pergi makan di restoran ini, saya dapati kawasan berdekatan dengan restoran dipenuhi dengan pelbagai kedai makanan yang lain. So memang banyak lah kereta and the bad thing ialah sini takda special car park or something like that. So terpaksa lah pusing-pusing banyak kali untuk parking kat sini. Ok sampai dekat kedai ni, banyak sit yang ada. So nak makan berdua boleh, nak bawak family besar pun boleh. Keadaan restoran sangat selesa dan tenang je nak makan.

lamb-Madghout

So apa yang kami pilih untuk makan? Lamb Madghout 1Kg,Chicken Madghout 1Kg and Chicken Mendy (anda boleh pulah untu ambik 1/2Kg kalau nak small portion). Ok bagi yang tak tau, nasi arab ni ada banyak. Madghout antara salah satunya. Contoh yang lain ialah nasi Mendy, Haneeth dan Kabsa.

Untuk minuman pula, saya order air malt Babrican dan Jus Mangga. Tunggu makanan siap agak lama, so kami ambil keputusan solat Isya. Ye, restoran ini ada surau yang berhawa dingin. Nice!

chicken-mandy

Dari Segi kuantiti, nasi Madghout ni memang tak habis makan sorang! Untuk pengetahuan anda, 4 tenaga lelaki telah digunakan untuk menghabiskan 2 pinggan nasi Madghout ini. Rasanya! Sangat sedap! Bagi yang suka makan kambing, anda takkan kecewa dengan Lamb Madghout ni. Rasa kambingnya sangat sedap. Nasi ini dihidangkan bersama dengan sup dan juga sambal. Combination yang memang terbaik!

Air babrican pulak, sangat refreshing dan air buah saya hanya mampu kata “This is it. This what we call JUICE!” Bagaimana dengan harga makanan di sini? Bagi saya, harganya sangat lah berpatutan dan bersesuaian dengan kualiti makanan dan layanan yang diberikan.

Harga

Harga hidangan kami untuk 7 orang;

  • Lamb Madghout 1Kg=RM40,
  • Chicken Madghout 1Kg=RM35,
  • Chicken Mendy=RM17,
  • air Babrican=RM4,
  • Jus Mangga=RM 6.

Chicken-Madghout

[quote]Keseluruhan, Restoran Taj Hadramawt ini patut dicuba oleh pencinta Yemeni and Arabic Cuisine. Elok bagi yang tak pernah makan nasi arab mahupun yang memang “kaki nasi arab”.4.8/5![/quote]

[infobox]

Restoran Nasi Arab Taj Hadramawt
No. 45G, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4106 3323

Facebook Taj Hadramawt

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad 12.00 pm 1.00 am

Koordinat : 3.224028,101.730259

[/infobox]

[flexiblemap address=”Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur” title=”Restoran Nasi Arab Taj Hadramawt”]

 

1 thought on “Restoran Nasi Arab Taj Hadramawt, Setapak”

Leave a Comment