Restoran Nasi Arab Al-Edrus Kuala Terengganu

Beberapa hari ini semakin ramai mencari-cari di manakah restoran nasi arab yang sedap dan best. Tidak dinafikan nasi arab sememangnya digemari semua golongan termasuk kami sendiri. Sememangnya restoran nasi arab sangat mudah ditemui di Lembah Klang tetapi bagaimana pula di negeri-negeri pantai timur? Buat pertama kali kami ketemu dan makan nasi arab di Kuala Terengganu. Ini pun dengar-dengarnya restoran ini merupakan restoran nasi arab yang popular di Terengganu dan pernah keluar di media seperti TV Al-Hijrah, Bernama, The Star dan Jalan Jalan Cari Makan.

Restoran nasi arab Terengganu ini diberi nama Restoran Al-Edrus yang mula bertapak di Kg Ladang sebelum menubuhkan satu restoran di Gong Badak. Restoran nasi arab Al Edrus makin berkembang dan mempunyai cawangan lain di luar Terengganu iaitu Wangsa Maju (sudah berpindah ke Kota Bharu), Sungai Buloh, Shah Alam, dan Kuantan. Terkini Restoran Al-Edrus baru sahaja melancarkan restoran baru di Hotel Saraya Ajyad, Makkah Al Mukaramah.

al-edrus-gong-badak

Kami sekeluarga mencuba nasi arab yang popular di Terengganu ini ke cawangan mereka di Gong Badak. Oleh kerana kami pergi waktu malam, banyak menu yang sudah habis seperti kambing. Maka terpaksalah kami memesan menu ayam sahaja.

Nasi Mandi Restoran Nasi Arab Al Edrus Kuala Terengganu
Nasi Mandy.. dan Ayam Mandy..
Nasi Mandy Ayam Goreng Restoran Nasi Arab Al Edrus Kuala Terengganu
Nasi Mandy dan Ayam Goreng..

Platting yang disajikan nampak kurang menarik. Hanya ada tambahan timun dan juga cili hijau. Tidak cukup menarik untuk sepinggan nasi arab.

Nasi Maqlubah ayam kampung di Restoran Nasi Aeab Al Edrus Kuala Terengganu
Nasi Maqlubah dan ayam kampung bersama sambal dan sup.

Setiap hidangan memang datang sekali dengan sambal arab dan juga sup. Kami memesan Nasi Maqlubah dan memandangkan ayam biasa dah habis, kami ambil sekali dengan ayam kampung goreng. Tiada pilihan lain sebab restoran pun dah nak tutup.

Bagi kami, kami suka Nasi Mandy. Nasi Maqlubah rasa dia agak lain sikit dari kebiasaan yang kami makan. Tak ada lobak ataupun ubi dalam nasi. Hanya nasi semata-mata. Untuk ayam, ayam kampung goreng dan ayam mandy memang sedap.

Di Restoran Al-Edrus ini juga ada menyediakan sajian western. Kami memesan Spaghetti Bolognese untuk santapan mama saya. Seriously memang sedap!

Bolognese Spaghetti di Restoran Nasi Arab Al Edrus Kuala Terengganu
Nampak sangat sedap! makan lagi la sedap oo.. hehe

Untuk minuman kami order tiga jenis minuman. Air Mangga, Al-Edrus Moca dan satu lagi saya lupa namanya….Rasa macam ada soda dan timun dalamnya.

Jus Manggo dan Soda di Nasi Mandi Restoran Nasi Arab Al Edrus Kuala Terengganu
Jus Mango dan Soda bersama timun dan nenas
Air Capucinno dan kismis di Restoran Nasi Arab Al Edrus Kuala Terengganu
Al-Edrus Moca bersama kismis.. Macam Shake la.. Favorite!

[quote]Selepas kenyang sempat kami bungkus 3 lagi nasi mandy. So jumlah harga yang perlu dibayar dalam RM145++ termasuk air. 8 Nasi mandy, 1 Nasi Maqlubah dan 1 Spaghetti Bolognese. Termasuk 3 air Al-Edrus Moca, 1 Maggo, dan 1 Soda timun.[/quote]

Bagi saya agak murah memandangkan 9 pinggan nasi kami makan. hehe…….Bagi mereka yang berada di Terengganu jika rasa nak makan nasi Arab boleh singgah ke Restoran Al-Edrus Kg. Ladang atau di Gong Badak. Nasi Arab Terengganu yang popular dan famous!

Cawangan Baru Al-Edrus Catering Makkah Al-Mukarramah.jpg
Cawangan Baru Al-Edrus Catering di Makkah Al-Mukarramah

[box_info]

Restoran Al- Edrus Nasi Arab

30426, Taman Hidayah, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 09-6661412

3657 Ground Floor, Kampung LadangSekolah, Kuala Terengganu, Terengganu.
No Tel : 09-6225036

A-29, Tingkat Bawah, Jalan Seri Kuantan 80, Kuantan Star City, 25250 Pahang
No Tel : 09-5582599

N0.16-1 Jalan BRP 1/6, Sek. U20 Bkt Rahman Putra, 40160 Shah Alam, Selangor
No Tel : 03-21061969

No.21, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. (berpindah ke Kota Bharu)
No Tel : 03-41316794

Website : http://aledrusservices.com/
Facebook : Restoran Al-Edrus

[/box_info]

1 thought on “Restoran Nasi Arab Al-Edrus Kuala Terengganu”

Leave a Comment