Makan MalamPetaling Jaya

Restoran Murni SS2

Ada siapa-siapa yang cari kelainan sikit untuk dinner? Well anda boleh datang ke Restoran Murni yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Apa yang menarik tentang Resoran Murni ialah mereka menawarkan pelbagai hidangan dengan portion yang banyak. Maknanya, kalau anda makan spageti di tempat lain seorang makan RM12, di sini, RM12 tu sepinggan yang 2 orang punya makan. So memang sesuai untuk mereka yang perut dia “tong besar”.

Sampai di sini, memang sesak. Yelah. Kedai sedap kan. So kami gerak awal time ni. Sebelum magrib dah gerak. Sebab orang kata kalau malam baru nak gerak table selalu full and parking pon payah nak dapat. Biasanya anda akan dapat table yang dibuka di sepanjang kaki lima kedai. Tapi tak payah risau sebab ramai je pelayan restoran ini. So biasa anda panggil je mereka akan terus ambil order. Dan order pon takda lah sampai lambat even orang ramai, dalam 15-20 minit dah boleh dapat dah hidangan anda.

Antara hidangan yang famous kat sini adalah Mee Raja, Spicy Arrabiata, Spagetti Seafood, Dragon Pizza, Nasi Lemak Special, Sizzling Mee, Nasi Goreng Terpedo, Nasi Goreng Seafood Super Pedas dan pelbagai lagi.

Antara hidangan air popular ialah I Love You, I Miss You, I kiss You, Pink Panther, Milo Dinosaur dan Teh 3 Layer.

Mee-Raja SS2
Bolognaise-SS2
Spicy-Arabiata SS2
Makanan kat sini semua sedap! Saya telah mencuba Spicy Arabbiata dan rasanya sangat pedas (serius). Selain itu, banyak isi seperti fishball, daging, ayam diletakkan. Harganya cuma RM12 dan saya minum Teh 3 Layer dan harganya RM3. Selain itu, saya turut merasa Mee Raja Special. Mee ini lain dari yang lain. Teksturnya macam Maggi, tapi lagi sedap. Memang banyak sampai tak habis makan. Dan yang paling sedap? Seafood Spagetti! Haha. Kalau kaki seafood memang wajib lah try spagetti ni. Payah nak jumpa ni!

Keseluruhannya, Murni SS2 menawarkan pelbagai hidangan yang rasanya sedap, berpatutan dan banyak! 4.8/5!

Peta:

[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.120322787139943,101.62224623185982{}fastfood.png{}Restoran Murni SS2″ bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • restoran murni
  • tempat makan best di petaling jaya
  • restoran murni ss2
  • murni ss2
  • kedai makan murni
  • restoran murni shah alam
Previous post

Lan Roti Canai

Next post

UM Food Court, Universiti Malaya

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *