Restoran Mee Kari Udang Galah Resepi Haji Saharudin (RHS), Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Hujan tidak berhenti-henti membasahi bumi Kuala Lumpur sejak pagi tadi, perut memang mudah berkeroncong walaupun jam baru menunjukkan pukul 4 petang. Hujung minggu sebegini memang sesuai untuk jalan-jalan bersama keluarga ke destinasi halal yang sering menjadi buah bicara orang. Hari ini kami bercadang untuk menikmati Mee Kari Udang Galah yang sering menjadi perbualan teman-teman. Destinasi kali ini adalah ke Restoran Mee Kari Udang Galah Resepi Haji Saharudin (RHS) yang terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras.

Restoran ini terletak di bawah pejabat Koperasi Pengusaha Melayu Kuala Lumpur Berhad (KPMKLB) kerana ia merupakan restoran yang di kendalikan oleh Yang DiPertua KPMKLB iaitu Tuan Haji Saharudin Mohd Noh.

Kami tiba ke destinasi dalam jam 5 petang. Para pekerja kelihatan sedang sibuk mempersiapkan gerai di bahagian luar restoran, pastinya persiapan menerima pengunjung di sebelah malam nanti.

Berdasarkan review yang pernah kami baca sebelum ini, rata-rata mengatakan makanan di sini sememangnya mempunyai kelas tersendiri. Sedap, kata mereka.

Tarikan utama restoran ini ialah hidangan mee kari udang galah yang mempunyai saiz dari sederhana hingga XL. Kami memilih untuk order 2 hidangan mee iaitu Mee Kari Udang dan juga Mee Bandung Udang Galah Size L.

Mee Kari Udang Galah RHS-1
Mee Bandung Udang Galah Size L

Mee Bandung Udang Galah Size L dari RHS yang dipesan memang cepat sampai. Cuma Mee Kari Udang campur Bihun yang lambat. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana kuah karinya sudah habis.

Mee Kari Udang Galah RHS-4
Mee + Bihun Kari Udang

Bagaimana Rasanya?

Selepas mencuba sendiri, ternyata restoran ini berjaya menghasilkan resepi Mee Bandung yang sangat sedap.

Cukup rasa dan cukup pedas.

Rasa udang kering dalam kuahnya membangkitkan selera makan.

Jika anda penggemar Mee Bandung, kami cadangkan agar anda cuba rasa sendiri.

Bagi Mee Kari Udang pula, dari segi rasa, kami berikan 3 bintangSedap. Kalau tak sedap pastinya takkan ada aksi menghirup kuah kari tadi !

Ini pertama kali berpeluang makan Mee campur Bihun. Sedap juga rasanya.

Air buah menjadi pelengkap kepada hidangan hari ini. Fresh Orange dan Tembikai Longan.

Mee Kari Udang Galah RHS-3
Muka orang kelaparan sebab Mee Kari agak lambat sampai.. hehe

Harga

Secara jumlah makan untuk dua orang adalah RM27.00

  • Mee + Bihun Kari Udang                         RM9.00
  • Mee Bandung Udang Galah Size L        RM9.50
  • Orange Jus                                                RM4.00
  • Tembikai + Longan  Jus                          RM4.50

Untuk anda yang akan singgah dan merasa sendiri kesedapan Mee Kari, Mee Rebus dan Mee Bandung RHS, lokasi mereka adalah seperti di bawah:

[box_info]

Mee Kari Udang Galah Resepi Haji Saharudin (RHS)
No 18, Jalan Dwi Tasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
+603 9174 1956

Waktu operasi : 12.00 tengahari – 3 pagi.

Facebook : Mee Kari Udang Galah

[/box_info]
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”OSM” mapalign=”center” directionhint=”false” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.101545,101.713754{}fishchips.png{}Mee Kari Udang Galah RHS” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Comment