Restoran Mat Binjai, Kuala Terengganu

Masih mencari tempat makan best di Terengganu? Tak tahu dimana boleh makan makanan kampung Negeri Terengganu? Saya cadangkan anda makan di Restoran Mat Binjai yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman.

Restoran Mat Binjai memang terkenal dalam kalangan penduduk Kuala Terengganu sendiri dan juga pelancong luar, mereka menyediakan telur penyu sebagai hidangan tambahan.

Sangat la rugi kalau datang Kuala Terengganu  tidak menikmati masakan kampung dan masakan Negeri Terengganu.

Restoran Mat Binjai boleh dikategorikan sebagai antara tempat makan best dan sedap di Kuala Terengganu dan pernah mendapat liputan dalam rancangan “Teganu Kite” di TV1.

Makan berhidang di Restoran Mat Binjai

Istimewanya konsep di Restoran Mat Binjai adalah makan berhidang. Kalau anda datang bersama keluarga seramai 6 orang, nanti mereka akan datang hidang semua jenis makanan yang ada termasuk budu dan ulam-ulaman. Jangan terkejut pula tengok semua jenis makanan tu nanti.

Selepas makanan dihidang, anda makan sahaja makanan yang anda rasa nak makan. Kalau tak nak makan tolak tepi sebab masa hendak bayar, mereka akan kira makanan yang anda makan sahaja.

Memandangkan kami pergi selepas makan tengah hari, banyak lauk yang habis. Pastinya bila masuk makan tengah hari, restoran ini menjadi tumpuan pekerja dan penduduk di kawasan sekitar.

Jadi kami hanya ambil sendiri makanan kami dan tidak dihidang.

Restoran Mat Binjai Kuala Terengganu
Restoran Mat Binjai Kuala Terengganu merupakan kedai makan dua tingkat
Restoran Mat Binjai
Besar-besar sotong bakar. Seekor RM6. Ikut harga semasa
Restoran Mat Binjai
Ayam kampung goreng!
Restoran Mat Binjai 4
Ulam-ulaman

Nikmat Masakan ala kampung!

Bila dapat makan masakan ala kampung memang nikmat. Tak lengkap kalau tak makan makanan kampung dengan budu dan ulam-ulaman. Bagi kami makanan disini sedap. Sayur lemak campur, lala masak lemak, ikan gulai lemak dan ikan keli sambal. Sampai keluar dialog “Sama macam mama masak!”. Orang Terengganu yang kadangkala malas masak macam kami, sekali-sekala boleh makan sini.

Cuma tang sotong tu agak liat sedikit. Mungkin kena kunyah 40 kali kot baru boleh telan. hehe. Biasa la kalau di bakar memang isi sotong sedikit liat.

Restoran Mat Binjai
Makanan yang kami makan. Tak banyak sebab 3 orang sahaja
Restoran Mat Binjai 5
All time favourite rakyat Terengganu dan Kelantan. BUDU!

Walaupun ramai yang tidak setuju dengan penjualan telur penyu, Restoran Mat Binjai masih lagi menjadikan telur penyu sebagai hidangan  di restoran. Begitu juga di Pasar Kedai Payang. Mungkin ia disebabkan khasiat yang terdapat pada telur penyu yang mempunyai kandungan protein yang tinggi.

Restoran Mat Binjai  Telur penyu 8
Telur penyu RM5 Sebiji! Mahal? Tapi ia sangat limited!

Jangan risau, admin tak makan telur penyu kerana sayangkan penyu.

Bagi anda yang nak mencuba masakan kampung di Kuala Terengganu, boleh la singgah di Restoran Mat Binjai seperti alamat di bawah:

[infobox]

Restoran Mat Binjai
1081-Q, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu.

Tel : 09-624 2639 / 09-615 6639
Waktu Operasi : 8 pagi – 6 petang

Kordinat: 5.331142, 103.143790 [/infobox]

10 thoughts on “Restoran Mat Binjai, Kuala Terengganu”

  1. tukang cedok lauk sedikit kurang adap, saya melihat dia tidak menghormati org tua & org luar.
    Harga tidak berpatutan & sedikit mahal

    Reply
  2. jangan mengarut. ni kedai tak sedap. sy orang terengganu. tak paham kenapa org luar dtg pstu nk makan kt kedai ni. sgt kesian.

    Reply
    • haha orang melayu mcm nilah.suka menjatuhkan orang.cuba bayangkan klau org cakap kat restoran awak mcm tu.ape yg awk rasa?

      Reply
  3. Kedai ni servisa mmg hampeh..
    Harga mahal kot..
    Makanan takde rasa pun. .
    Makan tghari kt sg buloh berkali ganda lagi..

    Reply
  4. hey..tulis kt web buka hari nie..bila sampai tgk kedai tutup..
    noob tol la mat binjai tukar kepada mat bingkai..

    Reply
  5. Baru tadi aku makan 4 org….aku suruh pekerja dia kira…pekerja dia sibuk nak bersembang dgn kawan2 dia. Dia kata makan dulu lepas tu dia kira. Bila time aku nak pergi bayar,org tua yg pakai kopiah kat kaunter tu tanya kat pekerja dia dah kira ke belum…pekerja dia bagi tau belum kira…aku tengok muka org tua tu masam semacam. Pekerja dia kira,aku kena RM 56 dengan lauk tak seberapa. Walau macamana pun aku tak nak bising,cuma pesanan aku satu jer…kalau kau sengaja nak lepas kesalahan pekerja kau ke aku…aku tidak halalkan duit yang aku bayar tadi…

    Reply

Leave a Comment