JohorJohor BahruMakan MalamMakan TengahariMinum PetangSarapan Pagi

Restoran Kacang Pool Haji, Larkin Popular di Johor

  • User Rating

  • Rated 4 stars
    4 / 5 (1 )
  • 80%
  • (1) Review

  • Kacang Pool Haji
  • +6013-5712374
  • Roti, Kacang, Halal
    • Mon - Sun 7:00am - 12:00am
  • No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, Johor 80000, Malaysia

Kalau sebut je Kacang Pool Haji, pasti ramai yang kenal kerana Kacang Pool Haji sememangnya kacang pool yang popular di Johor. Tak lengkap kalau pergi Johor Bharu tak merasa Kacang Pool Haji ini.

Pemilik Kacang Pool Haji, Makpol Saimon telah mengusahakan restoran ini sejak 20 tahun yang lepas. Kacang Pool Haji juga pernah membuka cawangan di Damansara, tetapi tidak lama sebelum ditutup dan dikatakan pulang ke Johor.

Mencari kedai makan ini tidak la sesusah mana  kerana terletak di Medan Selera Larkin Bomba.

Kalau di waktu pagi, memang ramai orang tidak seperti di waktu petang. Mungkin rakyat Johor suka bersarapan Kacang Pool di waktu pagi. kan?

Dekat medan selera ni ada gerai lain juga seperti rojak, sate, ABC dan lain lain.

Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Kacang Pool bukan Kuah Kacang

Pertama kali saya makan kacang pool. Tidak pernah makan dan tidak pernah tahu bagaimana texture rasa kacang pool. Yang pasti pada mulanya saya ingatkan ia seperti kuah kacang kerana namanya Kacang Pool, rupa-rupanya bukan!

Kuah kacang pool sebenarnya dimasak dengan daging cincang untuk memekatkan lagi kuah. Ditambah dengan hirisan bawang, lada bangala, dan limau, sebelum dihidang bersama  telur goreng mata kerbau dan roti istimewa yang tebal!

Harga Kacang Pool Haji RM5.00 satu set. Murah ke mahal? Tak dapat nak dikenal pasti sebab pertama kali makan.

Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba 2

Pekerja menyerdiakan Kacang Pool untuk pelanggan

Minum Petang di Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Nikmat minum petang dengan Kacang pool

Kacang Pool Haji Memang Sedap!

Tidak dapat dinafikan sekali makan terus suka dengan Kacang Pool Haji. Kepekatan kuah dan rasa memang unik. Roti walaupun hanya 1 keping diberikan tetapi ia agak tebal. Nampak macam tak kenyang kalau makan roti sekeping. Tapi bila di cicah dengan kuah kacang pool, 1 keping boleh kenyang. Memang lembut roti walaupun tebal!

Harga Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Secara kesuluruhan Kacang Pool Haji Memang sedap! Yang tak pernah makan memang wajib cuba bila pergi ke JB! Kacang Pool Haji antara kedai makan sedap di Johor Bharu.

Kalau ada perancangan nak singgah makan kacang pool, boleh ke alamat dibawah:

Kacang Pool Haji
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak), 80000 Johor Bahru.

Waktu operasi: 7 pagi – 12 malam

Koordinat : 1.485678, 103.750384

 

Pros

Murah dan sedap.

Cons

Tempat tak berapa nak bersih. Meja dan kerusi banyak yang tak elok.

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • resepi kacang pool
  • kacang pool
  • kacang pool haji
  • kacang pool larkin
  • resepi kacang pool haji
  • resepi kacang pool larkin
  • kacang pool johor
  • resepi kacang pool sedap
  • kacang pool jb
  • kacang pool larkin waktu operasi
  • roti kacang pool
  • kacang pool resepi
  • resepi kacang pol
  • kacang pool johor bahru
  • kacang pool haji larkin
  • kacang pol
  • kacang pool di johor bahru

Rated 4 stars
4 / 5 (1 )

80%


  • Sedap
    User: 92%
  • Harga
    User: 86%
  • Selesa
    User: 58%
  • Bersih
    User: 45%
  • Suasana
    User: 56%
  • Parking
    User: 54%
  • Surau
    User: 53%
  • Famili
    User: 47%
  • Mesra Kanak-kanak
    User: 46%
  • Tandas
    User: 50%


Akmal
Rating: 4
4 /5 stars

  • Sedap
    User: 92%
  • Harga
    User: 86%
  • Selesa
    User: 58%
  • Bersih
    User: 45%
  • Suasana
    User: 56%
  • Parking
    User: 54%
  • Surau
    User: 53%
  • Famili
    User: 47%
  • Mesra Kanak-kanak
    User: 46%
  • Tandas
    User: 50%

Makan sedap, tempat kurang selesa

on 2015-07-05 16:46:36

Nak cari parking memang bercinta!



Previous post

Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

Next post

Cendol Wahab. Peminat Cendol Kena Datang Sini!

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

Write a Review

Your email address will not be published. Required fields are marked *