Restoran D’Arab Cafe, TTDI Jaya, Shah Alam

D’Arab Cafe merupakan restoran nasi arab yang popular di lembah klang telah mempunyai 9 cawangan di seluruh Malaysia antaranya di Shah Alam, Putrajaya, Bangi, Subang Jaya dan Jalan Duta. 4 lagi cawangan mereka akan di buka di sekitar kawasan KL dan Selangor. D’Arab Cafe pernah disiarkan dalam akhbar Utusan tentang kelazatan nasi arabnya.

Kali ini crew myselera singgah di D’Arab Cafe, TTDI Jaya untuk makan malam. Kami memesan set hidangan A iaitu Nasi Arab bersama Lamb Kabsah dan Roasted Chicken. Untuk air pula ada beberapa pilihan air seperti oren, anggur dan bandung dan kami memilih satu jug air bandung.

D'Arab Cafe

Macam biasa, kalau makan nasi arab, kalau pergi seorang boleh makan individual plate, kalau pergi 2 – 3 orang atau 4 – 5 orang boleh ambil yang dalam dulang sebab lebih menjimatkan. Orang kata makan dalam dulang ni syok. Jangan risau, di D’Arab Cafe kalau anda tak mahu makan dalam dulang, mereka akan sediakan pinggan sekali.

Inilah dia Nasi Arab bersama Lamb Kabsah dan Roasted Chicken. Nampak sedapkan? Pergh….Sememangnya sedap! Roasted chicken pun sedap..Lamb khabsah pun sedap! Kalau tak percaya jom datang cuba sendiri. Nasi ini dihidangkan bersama sup dan sambal ala arab. Sambal arab nampak macam pedas, tetapi sebenarnya masam.

Harga untuk Nasi Arab bersama Lamb Kabsah dan Roasted Chicken untuk 3 orang makan hanya RM40 bersama 1 jug air.

D'Arab Cafe

D'Arab Cafe

D'Arab Cafe

Untuk mereka yang kuat makan, 2 orang pun dah cukup untuk habiskan nasi arab yang sedulang ni, jadi jika anda seorang penggemar tegar nasi arab, jangan risau mesti habis punya. Kalau tak dapat habiskan dan risau membazir, minta sahaja bungkus buat balik.

Kemudahan
D’Arab Cafe, TTDI, Shah Alam, kami boleh katakan kemudahannya lengkap. Tempat basuh tangan dan tandas yang selesa dan surau juga disediakan. Penjalanan nak pergi ke sana pun tak susah, hanya point dari Lebuhraya persekutuan ke TTDI Jaya, Shah Alam

Waktu Operasi

D’Arab Cafe beroperasi setiap hari bermula jam 11.00 pagi sehingga 11 Malam.

Restoran D’Arab Cafe, TTDI, Shah Alam ini Dimiliki Oleh En. Mohd. Hairuddin Md. Top
SIJIL KELULUSAN HALAL JAIS (JAISEL.BPP/03/002/02Jld2(50))  5 HB DISEMBER 2011.

[box_info]

D’Arab Cafe, No4, Jalan Opera B U2/B,
Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,
40150, Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Sila hubungi mereka di talian 017 – 6821700 untuk membuat tempahan.
Hotline Cawangan SELERA DUTA, Jalan Duta 013 381 5880

Facebook D’Arab Cafe

[/box_info]

[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”12″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.0782482872160095,101.51926956619971{}restaurant_greek.png{}DArab Cafe, Shah Alam” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Comment