Restoran Ayam Penyet Wong Solo, Ampang

Bila sebut Restoran Ayam Penyet mana yang sedap dan best mesti nama Restoran Ayam Penyet Wong Solo atau Ayam Bakar Wong Solo akan bermain di bibir. Sehinggakan saya tertanya-tanya sedap sangat ke ayam penyet di situ? Saya tahu restoran ini asalnya dari Indonesia. Dan pemilik Restoran Ayam Penyet Wong Solo ialah Puspo Wardoyo.

Di Malaysia, Restoran Ayam Penyet Wong Solo terdapat lima cawangan iaitu di Kg. Baru, Cheras, Ampang, Bangi dan Shah Alam.

Pada asalnya kami bergerak ke cawangan Wong Solo di Kg. Baru, tetapi gagal mengesan lokasinya. Jadi kami mengambil keputusan bergerak terus ke Ampang memandangkan restoran di Ampang sangat familiar dan senang cari. Maka kami meredah kesesakan jalan raya di malam minggu demi merasa kesedapan Ayam Penyet Wong Solo.

Restoran Ayam Penyet ini terletak di Taman Dagang, Ampang, memang senang nak cari. Yang susah sikit mungkin parking sebab terdapat food court Dagang Avenue disebelahnya. Kalau tengok memang ramai orang. Wong Solo memang gah sebab boleh lawan food court yang memang mempunyai pengunjung tetapnya.

Restoran Ayam Penyet Wong Solo Ampang
Halalan Thayyiban

Dari luar dah nampak trademark Wong Solo iaitu Halalan Thayyiban. Ditambah lagi dengan Cop SuperBrand. Kalau nak tau Restoran Ayam Penyet Wong Solo ni dapat anugerah Super Brand 2003/2004.

Bila masuk saya agak tertarik dengan kawasan dapur mereka. Macam al-ala dapur KFC. Nampak sistematik dan teratur.

Pekerja lelaki kebanyakkan memakai topi dan songkok, dan pekerja perempuan semua memakai baju T-Shirt muslimah labuh dan kain skirt labuh. Memang 100% made in Indonesia, dari makanan sehinggalah kepada pekerjanya.

Di bahagian dalam disediakan kemudahan surau dan tempat makan duduk bersila. Memang syok! kalau makan bersila.

Bila sampai terus sahaja salah seorang pekerja dia ambil order. Memandangkan kami dua orang je, so kami makan set Ayam Penyet Goreng dan Ayam Penyet Bakar. Kalau datang bersama keluarga boleh pilih ala carte sebab hidangan ayam dia ni boleh makan untuk 2 pinggan nasi. Cukup!.. Cuma yang makan banyak memang sedang cukup tak perlu kongsi.

Kebanyakan pelanggan ketika itu datang bersama keluarga, mungkin mereka selesa dengan persekitaran serta mejanya yang memang sesuai untuk  kapasiti yang ramai.

Nasi Ayam Penyet Wong Solo, Ampang
Nasi Ayam Penyet Wong Solo
Ayam Penyet Bakar Wong Solo Ampang
Ayam Penyet Bakar Wong Solo

Mula mula tengok portion ni, cakap dengan kawan. Ermm.. mungkin kena minta nasi tambah ni.. Macam sikit je. macam sikit je. Tetapi bila dah mula makan, baru tahu portion tu memang just nice, tak perlu tambahan nasi. Portion ni walau nampak nasi semangkuk, tapi bila dimakan dengan semua lauk baru terasa kenyangnya.

Betul la orang kata Ayam Penyet Wong Solo sedap dan best. Saya paling suka suka part sambal. Ada 3 jenis sambal kesemuanya.. Sambal pedas manis bersama kicap pedas dan sambal terung.

Kami makan untuk 2 orang harganya hanya berjumlah RM27.70. Berbaloi tak?

Untuk peminat nasi ayam penyet .. memang rugi kalau tak cuba. Kena cuba. Boleh singgah di cawangan berhampiran.

[box_info]

Cawangan Ayam Penyet Wong Solo:

No 25, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56000, Kuala Lumpur

No. G18 & G19, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, Ampang, 68000 Selangor

No.57, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

No.8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Pusat Komersial, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

No 8-G-1 & 9-G-1, Seksyen 9 Jalan Medan Pusat Bandar 4 A, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Website : http://wongsolomalaysia.blogspot.com/

[/box_info]

Leave a Comment