BurgerSetapakWangsa Maju

Rawang Burger Bakar di Wangsa Maju

Rawang Burger Bakar nama yang tidak asing lagi dalam arena burger bakar di Malaysia. Anda bukan lah penggemar burger bakar jika tidak mengenali jenama yang sedang meletup-letup ini kerana Rawang Burger Bakar atau singkatannya RBB sudah memiliki 60 cawangan di Malaysia. Lebih hebat lagi Rawang Burger Bakar telah menapak jajahan di United Kingdom.

Crew telah dijemput oleh Rawang Burger Bakar di Wangsa Maju untuk bersahur  kira-kira pukul 12.30 pagi. Terima kasih diucapkan sebab ini merupakan pengalaman pertama kami bersahur dengan burger bakar.

Unik sungguh menu-menu Rawang Burger Bakar. Contoh nama burger bakar mereka, anda boleh lihat pada gambar di bawah. Untuk yang selalu layan cerita korea atau running man, anda diwajibkan order Burger Bakar K-pop.  Yang rasa nak tambah isteri, boleh terus order Burger Madu Tiga dan yang minat sangat dengan Aaron Aziz, disini peluang anda untuk merasa Burger Ombak Rindu.

 

RAWANG BURGER BAKAR 4

 

Sambil menunggu hidangan sampai sempat juga tengok cara burger-burger ni dibakar atau grill. Tebal burger ni memang lebih dari burger biasa.

Grill-Rawang Burger Bakar

Kami disajikan dengan 4 menu grill iaitu  Burger Bakar KLCC, Burger Ombak Rindu, Burger Lagenda dan juga Meatball. Burger Lagenda  dan juga Burger Ombak Rindu menjadi santapan pertama kami, dan apa yang  dapat kami kongsikan dengan anda perbezaan antara kedua-dua burger ini ialah pada rotinya. Burger Lagenda hanya menggunakan roti biasa yang disalut telur manakala Burger Ombak Rindu menggunakan roti burger sebenar. Persamaannya pula? kedua-dua burger bakar ni memang marvelous! Nokhtah.

RAWANG BURGER BAKAR 6

Burger Bakar Lagenda RM7.00

 

RAWANG BURGER BAKAR

Burger Bakar Ombak Rindu RM9.00

Selepas berehat 10 minit bagi memberi laluan kepada perut, kami menimati pula nikmat meatball yang terdapat di RBB ini. Mengiurkan tak gambar di bawah?

Meatball disajikan dengan roti garlic breads yang begitu rangup. Meatballnya pula? Belum rasa lagi aroma blackpepper yang harum dah menusuk hidung. Tiada kata yang dapat diungkapkan melainkan sekali lagi…marvelous! Kombinasi sos blackpeppernya memang bisa membuat diri anda ketagih…haaa macam mana tu? Jika di suatu hari anda teringin nak merasa makan meatball, atau isteri mengidam nak makan meatball, RBB adalah antara destinasi yang harus dituju.

RAWANG BURGER BAKAR 5

Meatball Bakar RM10.00

 

Pepatah ada menyebut, save the best for last….. cocok dengan menu terakhir kami iaitu Burger Bakar KlCC.

AWAS : Untuk mereka yang gayat, anda tidak digalakkan makan burger bakar ini. hehe…

Aromanya begitu menyelerakan. Rupanya begitu mengujakan. Rasanya..memang tidak mengecewakan. (Cara makan burger bakar ni ikut kreativiti masing-masing). Kalau yang baru-baru nak cuba makan baik berlatih dengan burger yang lain dulu ye.

Bagi penulis yang memang seorang die hard fan cheese, 3 lapis cheese dalam burger bakar ni memang cukup menggembirakan hati.

RAWANG BURGER BAKAR

Burger Bakar KLCC RM19.00

Akhir kata dari penulis, Rawang Burger Bakar adalah tempat yang ideal untuk bersahur di bulan ramadhan ni (andai anda boleh kena embun). Harga yang dikenakan setimpal dengan saiz hidangan.

Nikmati potongan diskaun sehingga 50% dengan berbuka puasa bersama insan tersayang di HQ Rawang Burger Bakar Wangsa Maju Seksyen 5, Kuala Lumpur. Bermula dari 18 Julai 2013 hingga 25 Julai 2013 dari jam 6.00 petang – 9.00 malam sahaja.

Rawang Burger Bakar
Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5,
53300 Setapak, Kuala Lumpur
019-348 2819

FB : https://www.facebook.com/RawangBurgerBakar
Twitter : https://twitter.com/BurgerRawang
Instagram : http://instagram.com/roynaldoo 

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • rawang burger bakar
  • burger bakar wangsa maju
  • burger bakar rawang
  • tempat makan tengahari best di kl
  • rawang burger bakar wangsa maju seksyen 5
Previous post

Buffet Ramadhan Nostalgia Selera Kampung, Hotel Sentral Johor Bahru

Next post

Buffet Ramadhan Resepi Ibunda Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *