Rail Canteen Sunway Nexis dari Kluang Johor ke Kuala Lumpur

Sudah sebulan setengah kita berpuasa. Nak masak pula tiada masa. Nak berbuka di mana pun tiada idea. Apa kata cuba ke Rail Canteen di Sunway Nexis, Kota Damansara? Salah satu lokasi yang sesuai untuk anda berbuka puasa bersama rakan mahupun keluarga.

Berbuka Puasa di Rail Canteen - 1

Rail Canteen Cawangan Kluang Rail Coffee

Berkonsepkan Heritage, dimana resepi yang dihidangkan disini merupakan resepi warisan turun temurun dari 3 generasi yang bermula sejak dari 75 tahun lalu di Kluang Rail Coffee, Stesen Keretapi Kluang. Rail Canteen merupakan jenama yang diusahakan oleh generasi ke 4 mereka.

Rail Canteen menyediakan ruang makan yang minimalis tetapi tetap menarik.  Boleh dibuat tempat untuk bersantai bersama keluarga kerana di bahagian atas terdapat ruang untuk diadakan jamuan atau party yang boleh memuatkan 35 orang pada satu masa.

Konsep open kitchen juga menarik perhatian kerana kita boleh melihat sendiri cara mereka menyediakan makanan untuk kita.

Bagi anda yang kurang gemarkan buffet ramadhan kerana terlalu banyak makanan hingga tidak tahu mana satu yang hendak dipilih, boleh lah singgah ke Rail Canteen ini untuk order menu yang hanya anda berkenan.

Sempena Ramadhan 2015 ini, Rail Canteen memperkenalkan menu baru mereka iaitu Ramadhan Set yang terdiri daripada Nasi Lemak Goreng Ayam Rendang dan Briyani Ayam Masak Merah.

Set Ramadhan Rail Canteen

1. Nasi Lemak Goreng Ayam Goreng | Harga : RM19.90 nett

Berbuka Puasa di Rail Canteen Nasi Lemak - 3

Nasi lemak yang digoreng, dihidang bersama-sama dengan ayam rendang. Set ini termasuk Sirap Limau Selasih, Buah Kurma dan Pudding sebagai pelengkap selera berbuka puasa. Harga yang sangat berpatutan, berbaloi dengan saiz ayamnya agak besar membuatkan set ini saja sudah cukup untuk anda.

2. Briyani Ayam Masak Merah | Harga : RM19.90 nett

Berbuka Puasa di Rail Canteen Briyani Ayam Masak Merah - 4

Set ini juga dihidangkan bersama Sirap Limau Selasih, Buah Kurma dan Puding.

Jika mahukan makanan ringan untuk berbuka puasa, anda boleh cuba Roti Bakar atau Bun Sambal sebelum menjamu selera dengan makanan yang lebih berat.

3. Roti Bakar | Harga :  RM3.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Roti Bakar - 3

Sedapnya roti bakar ni bukan main lagi kerana ia menggunakan resepi kaya turun temurun dan dibawa segar dari Kluang, Johor. Jadi jika ingin makan roti bakar yang popular di Kluang tu anda hanya perlu datang ke sini!

4. Bun Sambal | Harga : RM 4.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Ban Sambal - 5

Pedas tetapi sedap. Sambal ikan bilis special yang digunakan membuatkan Bun ini mempunyai peminatnya tersendiri.  Roti lembut yang diisi dengan telur rebus, hirisan timun batang, dan sambal special. Pasti tidak cukup dengan satu bun saja.

Untuk makanan berat pula, selain Nasi Lemak, Bihun Goreng Siam, Mee Kari dan Mee Rebus juga disediakan di Rail Canteen. Kesemua menu ini boleh dimakan dengan sambal. Pilih saja sambal kegemaran anda.

5. Nasi Lemak Ayam Berempah | Harga : RM12.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Nasi Lemak Ayam Berempah- 7

Portion yang agak besar. Mempunyai 5 pilihan sambal yang boleh dipilih untuk dimakan bersama nasik lemak ini. Antaranya Sambal Udang, Sambal Ikan Bilis, Sambal Kerang, Sambal Bawang dan Sambal Sotong. Sambal yang dihidangkan memang menaikkan selera makan hingga ramai yang datang ke sini semata-mata untuk makan sambal mereka.

6. Nasi Lemak Rendang Kambing | Harga : RM14.90

Berbuka Puasa di Rail Canteen Nasi Lemak Rendang Kambing - 8

7. Mee Hoon Siam Biasa (RM6.50) & Mee Hoon Siam Ayam Rendang  (rm12.50)

Berbuka Puasa di Rail Canteen Mee Hoon Siam Ayam Rendang

8. Mee Kari | Harga : RM11.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Mee Kari

9. Mee Rebus | Harga : RM11.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Mee Rebus

Untuk dessert pula, antara yang menarik disini adalah 3-Layer Ice Cream dan Kopi Cendol Ais. Untuk bukan penggemar kopi, anda kena cuba juga kerana kopinya diperbuat daripada kopi tempatan. Rasanya lain macam. Sedap!

3-Layer Ice Cream berharga RM9.80 & Kopi Cendol Ais berharga RM4.90.

Berbuka Puasa di Rail Canteen Layer Aiskrim dan Kopi Cendol

3-Layer Ice Cream kombinasi vanila, coklat dan kopi sememangnya perisa kegemaran orang ramai. Apabila digabungkan, rasanya memang, fuhhh!

Manakala Kopi Cendol Ais memang cukup rasa, cukup lemak. Selain kopi, anda juga boleh pilih Teh Cendol Ais sebagai pengganti kopi.

Leave a Comment