Kelana JayaMinum Petang

Pisang Goreng Cheese, “The Pisang Cheese” Kelana Jaya

Editor's Rating

Sedap
Bersih
Delivery
Harga
Pisang goreng cheese chocolate!

Fenomena Pisang Goreng Cheese semakin menjadi-jadi. Ternyata penangan pisang goreng cheese yang asalnya dari Jakarta Indonesia ini mampu menjadi antara jualan yang hangat di Malaysia sekarang.

Salah satu gerai pisang goreng cheese yang popular adalah The Pisang Cheese yang terletak di Restoran Jamal Mohammed, Kelana Jaya. Sebaris dengan kedai Nasi Lemak Kukus Kangkung.

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - The Pisang Cheese

Gerai The Pisang Cheese di Restoran Jamal Muhammed.

Oleh kerana fenomena pisang goreng cheese sedang meletop, Fizlee Hafiz, 29 dan rakannya Sabrina Asri, 29 yang juga seorang doktor, tergerak hati untuk membuka gerai pisang goreng cheese sendiri.

Menurut Fizlee, mereka menggunakan sebanyak 50-80 tandang pisang untuk dijual setiap hari kecuali isnin bermula 9 pagi sehingga pisang kehabisan. Menurut mereka biasanya pukul 3 petang sudah habis stok!

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - The Pisang Cheese 2

Pisang pisang!!!

Yang menarik, mereka juga menyediakan khidmat delivery. Servis ini bukan sahaja untuk sekitar Kelana Jaya, tetapi juga di Shah Alam dan Wangsa Maju.

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - Pemilik The Pisang Cheese

Cik Fizlee, pemilik dan juga chef The Pisang Cheese!

Harga 

  • Pisang goreng cheese Original – RM5

  • Pisang goreng cheese Chocolate – RM6

  • Pisang goreng cheese White Chocolate – RM7

  • Pisang goreng cheese Caramel – RM7

  • Pisang goreng cheese Cinnamon – RM7

  • Pisang goreng cheese Coffee – RM7

  • Pisang goreng cheese campur 4 flavor – RM7

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - The Pisang Cheese 4

Pisang goreng cheese 4 flavor khas untuk myselera! ehh

“The Pisang Cheese” sedap!

Bukan sahaja rupanya yang menyelerakan, rasanya pun memang sedap. Sekali makan pasti nak lagi. Cuma tak boleh makan banyak-banyak, sebab lama-lama akan terasa muak!

Secara peribadi, saya menggemari pisang goreng cheese chocolate, caramel dan coffee. Sememangnya pisang dengan chocolate apabila bergabung, ternyata sedap!

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - The Pisang Cheese 5

Zoom sikit!.. Meleleh!

Kalau anda ingin membuat pesanan untuk delivery pun boleh, sila follow Instagram The Pisang Cheese. Mereka sangat aktif di Instagram.

Dan yang nak singgah merasa pisang goreng cheese paling sedap di Selangor dan Kuala Lumpur, singgah di alamat dibawah:

The Pisang Cheese
Restoran Jamal Mohammed
24, Jalan SS5A/9,
Kelana Jaya, Selangor

Telefon : 016-200 1451

Waktu Operasi:
Selasa – Jumaat : 10am – 6pm
Sabtu : 8am – 4pm
Ahad : 8am – 5pm
Isnin : CLOSED!

Instagram : ThePisangCheese

Facebook : Fb.com/ThePisangCheeseSJ

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • the pisang cheese
  • harga pisang goreng cheese
  • resepi pisang cheese leleh
  • pisang cheese kelana jaya
  • pisang goreng cheese delivery
  • pisang cheese
  • pisang goreng cheese kelana jaya
  • the pisang cheese kelana jaya
  • harga goreng pisang cheese
Previous post

Restoran Kapitan Lebuh Chulia, Pulau Pinang

Next post

Sushi King Halal Atau Tidak?

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

2 Comments

  1. December 19, 2014 at 2:07 pm — Reply

    […] The Pisang Cheese, Kelana Jaya (+ Delivery) Restoran Jamal Mohammed, 24, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya, Selangor Selasa – Ahad 9.00 pagi – 4.00 petang Facebook : https://www.facebook.com/thepisangcheesesj Review di Myselera  […]

  2. […] jenama yang femes di Shah Alam. Dia memang ada banyak cawangan. Kalau di Kuala Lumpur, yang femes The Pisang Cheese. Sampai artis Siti Nurhaliza dan Pak Nil pun makan tau!.. Satu lagi kelebihan dia sebab ada […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *