Makan TengahariMinum PetangShah AlamWestern Food

Kafe Kopimeo – Kacukan Menu Timur Barat, di Shah Alam

Kepada anda yang berjalan-jalan di Shah Alam, di sini sememang terkenal dengan pelbagai restoran, kedai makan dan kafe moden yang menjadi tumpuan ramai.

Kali ini kami akan membawa anda ke Kopimeo Seksyen 9 Shah Alam, kafe moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster yang konsepnya sangat simple. Gabungan menu timur dan barat yang menarik mampu memikat hati para pelanggan.

Kopimeo

Jejak sahaja ke dalam, belum sempat kami mencari tempat duduk kami terus diajak untuk order makanan di kaunter. Ya, di sini menggunakan konsep layan diri, menu diletak di kaunter. Sempat juga kami bertanya hot menu pelanggan di sini. Menurut mereka spaghetti antara menu yang popular.

IMG_0634

IMG_0530002

Di suatu sudut, terdapat tempat kecil menarik perhatian kami. Dihias cantik dan comel sesuai untuk anak kecil bermain sambil ibu bapa menikmati makanan tanpa gangguan. Kafe yang berkonsep simple ternyata antik di dalam dengan adanya gramophone bersama lukisan yang digantung diterangi lagi dengan cahaya lampu cantik lagi membangkit suasana 60-an berserta moden.

Menu yang dicuba

Mogambo

Mogambo

Tanpa melengah masa terus kami order. Servis di sini memang cepat, belum sempat nak berbual lama kami dihidangkan dengan Mogambo (RM8.00). Memang pelik namanya tapi rasanya tidak sepelik namanya malahan amatlah memukau hati kami dengan aroma yang begitu wangi membangkit rasa tenang, penat pun hilang.

Mogambo salah satu minuman yang berkonsepkan tea by pot merupakan gabungan bush tea with passion fruit and apple. Patutla tercium bau aroma buah epal. Nak minum tuang sendiri ya! Bolehlah dalam dua cawan, memang berbaloi.

Piccolo Latte

Piccolo Latte

Jangan risau, kopi juga ada dalam menu mereka. Kami mencuba Piccolo Latte (RM8.00) yang rasanya sedikit manis dan pahit namun kopi yang lazat ini memang awesome! Pekatnya membuat anak tekak kami puas hati meminumnya.

The Scramble Mamble

The Scramble Mamble

Seterusnya beralih ke hidangan utama. Walaupun di sini terkenal dengan spaghetti namun kami ingin mencuba The Scramble Mamble (RM10.00). Saiz hidangan boleh tahan banyaknya, tidak kering dan lembap dimasak dengan telur dan sosej. Rasanya sedikit keju dan creamy dengan potongan kecil roti diletak diatasnya. Nampak biasa tapi masih lagi terbayang.

Salisbury Stack

Salisbury Stack

Hidangan main course kami diteruskan dengan Salisbury Stack (RM20.00). ianya dihidangkan dengan daging yang begitu lembut dimakan bersama black pepper gravy memuaskan nafsu makan kami. Memang kecur air liur bila makan. Menambah keenakannya, disertakan dengan satu kepingan roti yang rangup lembut di dalam serta ubi kentang lenyek bersama sedikit salad. Memang kenyang perut kami dibuatnya.

Alamat Kafe Kopimeo:

29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No. Tel: +60 12-206 0326

Waktu Operasi:

Sabtu-Khamis: 12pm-10pm/ Jumaat: Tutup

Instagram: @Kopimeo

GPS: LAT 3.082102 LONG 101.527026

 

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • KOPIMEO SEDAP
Previous post

E-trade: its progression and long run points of views

Next post

Bert’s Cafe @ U12 Shah Alam. Harga Murah, Makan Sedap!

Khairi

Khairi

I am always hungry, I always stop to eat.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *