Pasta Express Putra Perdana. Pelbagai Western Food Sedap !

Pasta Express Putra Perdana. Pelbagai ‘western food’ sedap!

Bosan makan nasi hari-hari? Antara pilihan lain yang ada, semestinya Western Food . Namun, untuk mencari restoran yang menawarkan kepelbagaian Western Food dengan kualiti rasa yang terbaik tetapi dengan harga yang berpatutan, agak sukar.

Pasta Express Putra Perdana ada apa yang anda cari!

Pasta Express Putra Perdana terletak di Taman Putra Perdana, lokasi yang strategik dengan kepadatan penduduk golongan pertengahan. Boleh dikatakan, harga menu western food murah dan mampu makan untuk semua.

tempat makan sedap di Puchong
Pasta Express Putra Perdana

Pertama kali masuk ke Pasta Express Putra Perdana, terpacul rasa ‘Wow!’ dengan dekorasi dalaman yang diilhamkan oleh pemilik restoran ini sendiri, En.Abdul Aziz. Ala-ala stail Inggeris, dilengkapi dengan kerusi meja berwarna putih, kaunter bar minuman dan dinding dihiasi dengan menu-menu Pasta Express berlatar belakangkan mural anak beliau. Sangat menarik perhatian pengunjung ke sini.

menu western food murah
Menu di Pasta Express Putra Perdana

Menu di Pasta Express adalah 100% berasaskan masakan barat. Tiada masakan tempatan atau lain-lain. Selain menu pasta, juga ada Grilled Chicken Chop, Steak, Fish&Chips, kek&asikrim untuk pencuci mulut dan kopi kisar.

Dibuka dari jam 5 petang hingga jam 10 malam, kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan dan luar kawasan. Biasanya, waktu puncak adalah sekitar jam 8 malam.

western food sedap
Bruchetta with Bolognese&Cheese
menu pembuka selera
Mushroom Soup

Sebelum tiba ‘Main Course‘, kami dihidangkan dengan Bruchetta with Bolognese&Cheese dan juga Mushroom Soup. Kami puji dengan kerangupan Bruchetta di sini, roti yang tidak terlalu keras dengan rasa bolognese yang ‘ngam’!

Servis di sini memang cepat. Tak sampai 15 minit selepas pesanan diambil, menu-menu pilihan kami sudah siap dihidang di atas meja. ‘1st Impression‘ pada menu-menu di sini, portion besar dengan ‘food presentation‘ yang sedap mata memandang. Bagus.

lamb chop, western food murah
Lamb Chop
GRrilled Chicken Chop murah dan sedap
Grilled Chicken Chop

Grilled Lamb Chop (RM21.90) dengan sos blackpepper. Didatangkan bersama rebusan sayuran segar dan juga homemade mashed potato. Daging kambing lembut yang dipanggang sempurna dengan kombinasi sos yang cukup rasa, memang sedap dan menyelerakan. Menu yang patut dimasukkan dalam senarai anda apabila berkunjung ke Pasta Express Putra Perdana.

Grilled Chicken Chop (RM16.90) dengan sos blackpepper. Juga didatangkan bersama sayuran segar dan homemade mashed potato.

Spaghetti Chicken Aglio Olio
Chicken Aglio Olio

Datang ke Pasta Express Putra Perdana ini, tidak sah kalau tak pesan pasta kan. Pilihan pasta kami kali ini ialah Chicken Aglio Olio (RM17.90). Portion memang banyak. Cukup untuk dua orang makan yang mempunyai selera makan yang tidak besar. Hirisan ayam sangat banyak dengan rasa ‘chili flake’ yang cukup pedasnya. Ini antara Aglio Olio terbaik yang pernah kami makan. *thumbsup!

Burpp alhamdulillah..

Perut pun dah kenyang, hati pun dah senang. Pengunjung juga boleh memesan kopi kisar untuk diminum sambil berborak santai selepas makan. Kali ni, Hot Cappucino menjadi pilihan.

hot cappucino

Oh ye, di Pasta Express Putra Perdana ni juga disediakan kerusi&meja makan untuk anak-anak. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau tentang anak-anak tidak selesa berada di meja makan orang dewasa. Dan pastinya, anak-anak akan lebih selesa di meja makan yang ceria, disediakan khas untuk mereka!

Facebook Pasta Express Putra Perdana

2 thoughts on “Pasta Express Putra Perdana. Pelbagai Western Food Sedap !”

  1. Seyesli, sumpah makan kt cni x sedap.. dan tersangat lah mahal dgn portionnya yg sgt kecil.. ciken cop nipis dn kecil..kuah idup segan mati xmau je.. meal utk kanak2 free..tp seyes ank xleh mkn sbb lgsung xde rasa.. tawar.. mentang2 la free nk cincai jer.. bile ingt balik fish n cip yg sy order rse nk pgsan mkn.. tidak fresh ,bau agak hanyir , x boleh nk potong sbb isi ikan hancur.. paling x leh trima, sgt2 berminyak..mmbuatkan tekak jd loya.. air sgt mahal dan x sedap.. tiada yg kali ke 2 utk ke restoran ni lg..

    Reply

Leave a Comment