Makan MalamPulau Pinang

Pasembur Sedap Persiaran Gurney Terbaik

Datang Penang tak lengkap rasanya kalau tak makan pasembur. Betul tak? Dekat mana pasembur paling sedap di Penang?

Pasembur Pulau Mutiara atau lebih dikenali “Pasembur Menari” berada di gerai No. 9 Anjung Gurney merupakan antara gerai pasembur paling popular di Penang.

Pasembur Persiaran Gurney | Pasembur sedap di Pulau PinangPasembur Sedap Persiaran Gurney

Pasembor Gurney pernah mendapat liputan di Kosmo! kerana seringkali menjadi tempat tumpuan peminat pasembur warga tempatan dan luar negara .

Pasembur Pulau Mutiara dimiliki oleh Ayub Khan, 43. Apa yang menarik pelanggan adalah semasa memotong rojak pasti akan berkumandang alunan muzik. Bagi mereka yang pertama kali makan disini pasti teruja dengan suasana begini dengan nyanyian lagu “Rojak Rojak” dan menari mengikut alunan muzik.

Pasembur Persiaran Gurney 2

Pelanggan tak henti-henti datang apabila tiba waktu puncak

Pasembur Persiaran Gurney

Pelbagai jenis makanan untuk pasembur

Pelanggan semakin ramai apabila tiba waktu puncak iaitu pukul 6.00 petang sehingga 8.00 malam sehinggakan sukar untuk mendapat tempat duduk.

20 Pilihan Isi Pasembur

Kalau nak makan pasembur, nasihat saya jangan tamak! Sebab apabila dipotong makanan yang diambil, ianya akan jadi lebih banyak dari apa yang anda sangkakan apabila dicampur dengan sayur dan kuah.

Lagi satu kalau nak ambil seafood sila berjaga-jaga, sebab harga mungkin agak melambung ikut harga semasa.

Pasembur Persiaran Gurney 4

Pusingan pertama : RM22 tanpa seafood

Kuah Pasembur Menjadi Pujian!

Rahsia kesedapan pasembur adalah pada kuahnya.

Tidak dinafikan kalau tengok pada warna kuah pasembur Pulau Mutiara sudah cukup menambat selera. Kuah yang pekat sememangnya menyelerakan.

Pada pendapat kami pasembur persiaran Gurney adalah antara pasembur tersedap di Pulau Pinang. Jadi kalau datang bercuti ke Pulau Pinang jangan lupa singgah ke gerai ini.

Pasembur Persiaran Gurney 7

Pusingan kedua : RM70 termasuk seafood

Untuk anda yang ingin mencuba pasembur Pulau Mutiara boleh singgah di alamat dibawah:

Pasembur Pulau Mutiara
Gerai No. 9, Anjung Gurney

Koordinate : 5.440272, 100.307968

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • pasembur
  • resepi pasembur paling sedap
  • pasembur gurney
  • resepi pasembur penang
  • pasembor penang sedap
  • rojak pasembur penang
  • resepi pasembur
  • rojak pasembur gurney drive
  • pasembur pulau mutiara
  • pasembur best di penang
  • pasembor pulau pinang
Previous post

Sushi King Halal Atau Tidak?

Next post

Terrific Teriyaki Chicken Menu Terbaru Kenny Rogers Roaster

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *