Original Penang Kayu Nasi Kandar Beratur

Kalau pergi Penang tak sah kalau tak pergi makan nasi kandar. Malaysian favorite food! Semasa di Penang kami sempat merasa nasi kandar di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar  yang terletak di Sungai Nibong, Bukit Jambul Penang.

Ramai yang cakap, Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar  adalah restoran wajib singgah makan. Sudah banyak cawangan mereka dibuka di Kuala Lumpur. Dah tak perlu ke Penang kalau nak makan nasi kandar restoran ini.

Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar bermula dengan sebuah kedai coffee yang terletak di SS2 Chow Yang sejak tahun 1974 dan menjadi antara  restoran mamak yang popular di Klang Valley dan Penang.

Nasi Kandar Beratur di Original Kayu Nasi Kandar, Sungai Nibong, Penang
Restoran Original Kayu Nasi Kandar, Sungai Nibong

Sesampai di Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, memang ramai yang sedang beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan. Tertanya-tanya apa yang sedap di restoran nasi kandar ini.

Jangan risau, restoran ini ada pengesahan sijil halal dari Jakim. Sijil ada dipaparkan di kaunter pembayaran. Boleh semak di laman web www.halal.gov.my dengan carian syarikat Original Penang Kayu Nasi Kandar Sdn Bhd (647647-X).

Kalau nak makan kat sini, kena beratur, sebelum dapat pilih makanan kemudian kena bayar. Kalau nak buat pesanan selepas berada di dalam boleh juga, tetapi tak dapat la kuah campur sebab ia dihidang berasingan.

Nasi Kandar Beratur di The Original Kayu Nasi Kandar Penang,
Sungguh ramai yang beratur.. Pelbagai kaum!
Nasi Kandar Beratur di Original Kayu Nasi Kandar, Penang
Kuah campur memang terbaik!
Original Kayu Nasi Kandar , Penang
Peminat Original Kayu Nasi Kandar.
Original Kayu Nasi Kandar , Penang
Pesanan yang dihidang mengikut pesanan pelanggan
Kari Kepala Ikan Original Kayu Nasi Kandar
Kari Kepala Ikan Original Kayu Nasi Kandar. Nampak sedap woo.. harga RM55 je. Berubah ikut harga pasaran!

Original Kayu Nasi Kandar Mahal?

Lebih kurang 30 minit juga la beratur untuk nasi kandar di sini, dan ia berbaloi. Saya pilih sepinggan nasi bersama kuah campur, telur masin, kari sotong dan juga sayur bendi.

Original Kayu Nasi Kandar, Penang
Sungguh mengiurkan bila tengok gambar ni. Nasi kuah campur, sotong, ikan masing dan sayur bendi. Harga RM14.80.

Harganya RM14.80? Mahal tak? Pernah masuk berita isu harga makanan di Original Kayu Nasi Kandar yang mahal harganya. Kalau ikut makanan saya ni, sotong ikut harga semasa. Bagi saya mahal juga la. Tapi nak makan sekali sekala boleh la. Kalau ambil lauk ayam murah sikit. Ayam goreng seketul RM6.00.

Sotong memang sedap, tidak liat apabila dimakan. Ditambah dengan kuah campur melimpah. Memang terangkat dibuatnya!

Original Kayu Nasi Kandar, Penang 7
Nasi kandar kuah campur lauk ayam goreng, hati ayam goreng, dan telur masin- Seingat saya lebih murah dari yang diatas.

Selain dari nasi kandar, makanan yang femes disini adalah roti tisu. Agak tinggi juga roti tisu disini.

Kalau anda nak cuba Original Kayu Nasi Kandar, ada banyak cawangan dah sekarang dan dibuka 24 jam! Nak singgah boleh ke cawangan-cawangan terdekat di bawah:

[infobox]

Original Kayu Nasi Kandar – Penang
15, Lebuh Nipah, Sungai Nibong Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-646 4767

Original Kayu Nasi Kandar – SS2, Petaling Jaya
No. 64, Jalan SS2/10, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Tel: (03) 78774777

Original Kayu Nasi Kandar – Petaling Jaya
No. B-G-2, B-1-2 & B-2-2, Block B, Jalan PJU 1/43, Aman Suria Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: (03) 78809777

Original Kayu Nasi Kandar – Kota Damansara
No. 1, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: (03) 6141 8771

Original Kayu Nasi Kandar – Cheras
No.1 & 3, Jalan Dwi Tasik 1, Bandar Sri Prmaisuri 1, 56000 Cheras.
Tel: (03) 9173 2777

Original Kayu Nasi Kandar – Ampang
Petronas Service Station, Lot 36904, PT 2723, Taman Dato Ahmad Razali,Jalan Kolam Air, 68000 Ampang, Selangor.
Tel: (03) 4252 3777

Original Kayu Nasi Kandar – Puchong
G-20, Jalan Puteri, 1-5, Bandar Puteri, 47100 Puchong Selangor Darul Ehsan.
Tel: (03) 8051 3080

Original Kayu Nasi Kandar – Cyberjaya
Unit G-02, Prima 11, Block 3545, Jalan Teknorat 6, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: (03) 322 4773

Original Kayu Nasi Kandar – Mid Valley City
Lot No. G(E)-003, Ground External Floor, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Tel: (03) 2202 0377  
 [/infobox]

Leave a Comment